Untuk para wanita diluar sana, OHBULAN! pasti anda mempunyai banyak kasut dirumah kan? Tapi, dalam banyak-banyak kasut tersebut, pasti ada yang anda sudah bosan untuk pakai dan ada juga yang sudah berhabuk didalam almari kan?
Untuk kali ini, OHBULAN! akan kongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh meriahkan dan mencantikkan kasut anda semula. Mungkin juga ini boleh memberi ilham pada anda untuk menggunakan semula kasut anda sempena cuti raya ini.
Apa yang penting, anda mesti mempunyai perkakasan ini.
- Pembersih alkohol
- Q-tips
- Sehelai kain
- Pelekat cat
- Kasut
- Neon nail polish
- White nail polish
- Pengering rambut
Tutorial penuh cara membuat kasut DIY (Do-It-Yourself) ini boleh dilihat di LoveMaegan.com. Antara hasil yang boleh anda lihat selepas ianya selesai dibikin ialah seperti gambar dibawah. Cantik kan?