berita

“Bos, Teh Tarik Satu! Buih Lebih Sikit”- Ini 7 Perkara Hanya Rakyat Malaysia Boleh Relate!

September 15th, 2020 | by Mastura
Kini Trending

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang sangat unik dengan kepelbagaian kaum, warna kulit, budaya, kepercayaan dan bahasa. Sifat rational dan bertoleransi ini telah menjadi normalisasi dalam masyarakat yang melahirkan semangat muhibah dalam kalangan kaum.

Diuji dengan wabak pandemik yang melanda seluruh dunia awal tahun ini, Malaysia jelas menunjukkan semangat muhibah dalam mendepani musibah yang melanda. Langkah membendung penularan pandemik terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila negara mengalami kejatuhan ekonomi dan ramai terjejas dan kehilangan pekerjaan.

Namun disebalik semua itu, masyarakat Malaysia sama-sama bangkit tanpa membezakan sesiapa pun. Rintangan dan halangan terbukti mengeratkan lagi hubungan masyarakat di negara ini.

Raikan perbezaan dengan semangat muhibah dalam mendepani musibah yang melanda

Menghargai keunikan dan identiti masyarakat Malaysia, Perodua menghargai jasa seluruh barisan hadapan negara dan rakyat Malaysia yang sama-sama setia berjuang melawan musibah yang melanda.

Ayuh raikan perbezaan negara ni yang mungkin janggal pada masyarakat luar namun menunjukkan identiti Malaysia. Ini 7 perkara hanya kita sebagai rakyat Malaysia je yang boleh relate!

1. “Bos, kuah roti kasi lebih sikit!”

Di Malaysia menjadi kebiasaan memanggil individu dengan panggilan hormat seperti bos, kakak, abang atau tauke. Contohnya bila pergi kedai Mamak, korang mesti akan panggil pelayan dengan panggilan bos atau kalau beli durian korang automatik akan gelar penjual buah sebagai tauke.

2. Kaya dengan budi bahasa

Cashier= Terima kasih, datang lagi.

Pelanggan= Terima kasih juga.

Ni selalu jadi bila nak buat pembayaran, kalau cashier cakap terima kasih, selalunya korang mesti akan balas terima kasih juga kan? Paling epik kalau cashier balas terima kasih balik. Bila agaknya nak habis terima kasih tu. :p

3. The Power of Hand

Kalau nak lintas jalan, tak kira la korang guna lintasan zebra atau lintas jalan di jalan biasa. Korang mesti akan tangan pada kenderaan yang bagi korang laluan kan?

Tak kira betapa lajunya kereta, lori atau motosikal semuanya akan berhenti bila korang gunakan the power of hand ni.

4. “Macha, nak makan sini ke tapau?”

Korang perasan tak dalam perbualan seharian korang sebenarnya ada lebih daripada satu bahasa. Tolak tepi penggunaan bahasa Inggeris, selalunya bahasa rojak yang dituturkan ialah campuran perkataan mudah bahasa Melayu, Cina dan India.

Unik kan Malaysia ni?

5. “Malaysia menang bola, esok cuti tak?”

Bila negara menang sesuatu acara sukan tak kiralah Piala Thomas atau AFF Suzuki Cup, soalan pertama bagi meraikan kemenangan ini semestinya cuti.

Bersorak dan berteriak menyokong pasukan Malaysia sepanjang perlawanan mestilah penat kan?

6. Setiap negeri ada loghat berbeza

Kredit: Nak Bebel

Selain penggunaan bahasa rojak, Malaysia turut mempunyai banyak loghat mengikut negeri. Loghat ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.

Antara loghat yang popular di Malaysia ialah loghat Utara dan Pantai Timur. Ni kalau sekali berbual keluar loghat terus boleh detect asal daripada mana.

7. Bila perlukan bantuan tak kira kaum semua datang tolong

Kredit: Ustaz Ebit Lew

Ni perkara paling unik tentang rakyat Malaysia yang korang susah nak jumpa kat tempat lain. Sikap bantu-membantu tanpa mengenal warna kulit.

Korang boleh tengok kalau ada je posting di media sosial yang memerlukan bantuan kewangan, semua kaum berebut membantu. Takde pun sikap pentingkan diri dan perkauman.

Perodua mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia!

The following two tabs change content below.

×