berita

Bosan Asyik Kek Batik Coklat? Tiba Masa Cuba Kek Batik Horlicks Pula!

May 20th, 2020 | by faris
MyResipi

Cakap soal buat kek, ramai yang terus surrender kerana mungkin pernah gagal beberapa kali sebelum ini. Sebab itulah pelbagai resepi pemanis mulut ringkas dikongsikan untuk menjadi rujukan semua. Kali ini resepi kek batik Horlicks pula mendapat perkongsian ramai di laman sosial. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

  1. 250g butter
  2. 1/2 cwn susu pekat
  3. 200g Horlicks
  4. 1 biji telur
  5. Sedikit pewarna putih
  6. 250g biskut Marie

Cara-cara

  1. Guna api paling kecil, cairkan butter,dan tambah susu pekat.
  2. Masukan Horlicks sedikit demi sedikit dan pewarna putih, gaul sebati.
  3. Tambah telur yg telah dipukul, gaul laju. Tutup api.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie yang dipatah-patah kecil.
  5. Masukan adunan dalam loyang atau bekas, tekan-tekan hingga padat dan rata. Sejukkan semalaman sebelum dipotong.

Sumber: Food Viral

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×