berita

Bosan Dengan Menu Diet Yang Sama? Tukar Ke Kobis Gulung Ini, Sangat Berkhasiat!

January 7th, 2020 | by Amat
MyResipi

Memberi variasi dalam menu diet dapat membantu pengambilan nutrisi yang seimbang dan mengekalkan ‘goal’ untuk mencapai bentuk badan ideal. Asyik makan makanan yang sama sepanjang misi diet anda? Apa kata, anda cuba menu istimewa sayur kobis yang digulung unik ini. Sangat menyelerakan dan sudah tentu berkhasiat!

Penyediaan inti

Sediakan dada ayam dicincang atau pakai sahaja daging cincang jenama Ramly yang boleh didapati di pasar raya. Sediakan bawang putih, bawang merah, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk maggi cukup rasa atau gantikan dengan garam bukit bagi yang nak diet. Serbuk cili, lobak merah dan kobis ungu.

Langkah-langkahnya

Cara-caranya, tumis dahulu bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Masukkan isi ayam masak sampi air ayam sedikit kering. Kemudian, masukkan lobak dan kobis ungu digoreng seketika. Masukkan lada hitam lada sulah, serbuk cili dan maggi cukup rasa. Sesuaikan dengan citarasa anda.

Kulit kobis itu boleh pakai kobis apa sahaja yang penting perlu celur terlebih dahulu supaya tekstur lembut supaya senang nak gulung nanti. Lepas gulung, boleh ikat dengan daun kucai. Jika tidak mahu ikat pun tiada masalah.

Kemudian, kukus dalam 3 minit untuk lembutkan lagi kobis tersebut. Kobis gulung ini sesuai dicicah bersama sos Thai.

Dah siap… Inilah hasilnya

Sumber: Az Hanie Ismail

SKIP THIS AD ×