berita

Bosan Nak Jawab Soalan Makan Kat Mana? Jom Download Apps Ni, Confirm Tak Menyesal!

May 14th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Kita nak makan kat mana hari ni geng? Haaaaaa…. Biasa dengar soalan ni tak? Inilah antara soalan yang biasa ditanya bila keluar dengan pasangan, kawan-kawan atau family.

Korang mesti bosan kan? Sebab kadang-kadang takde idea nak cadangkan, atau takut cadangkan korang ditolak mentah-mentah.

Tapi korang nak tau tak, lepas ni korang dah tak perlu risau dah, bila kawan-kawan atau keluarga tanya nak makan kat mana. Sebab ada ciri baru dalam satu apps ni, dapat membantu korang selesaikan masalah tu!

Tolong korang decide nak makan mana berdasarkan mood. Wow!

Haaa.. Menarik kan? Ciri baru yang kami cakap ni hanya ada dalam apps IPC Shopping Centre yang dinamakan ‘The Mood Menu‘.

Kalau korang nak tau, ia adalah kolaborasi antara peneraju perkhidmatan streaming muzik, Spotify dengan pusat beli-belah IPC ni, maka terhasillah satu feature baru ni!

Yang bestnya dengan ciri The Mood Menu ni, ia akan cadangkan korang tempat makan, based on latest playlist yang korang dengar!

Yelah, korang kalau dengar lagu mestilah ikut mood kan? Kalau tengah sedih dengar lagu jiwang, kalau tengah happy pula, lagu rancak. Betul tak?

So, daripada lagu-lagu yang korang streaming kat Spotify tu la, yang akan dianalisis kemudian dipadankan dengan  tempat makan paling sesuai yang ada di pusat beli-belah IPC. Menarik kan?

Kami pun ada cuba ciri baru dalam aplikasi ni tau. Ternyata cadangan tempat makan yang ditunjukkan sesuai sangat dengan mood kami masa tu!

Freebies dan diskaun daripada kedai-kedai terpilih. Betul ke?

Korang mesti suka, kalau boleh dapat freebies dan diskaun masa pergi makan kan? Dengan ciri The Mood Menu dalam apps IPC ni juga, korang boleh dapat semua tu.

Korang just tunjuk je, screenshot kedai yang dicadangkan oleh apps ni dan korang boleh tebus promosi yang ditawarkan.

Nak tahu lebih lanjut tentang apps IPC Shopping Centre ni, korang boleh click je kat sini. Check it out.

Macam mana nak download?

Nak tau macam mana nak download apps ni? Haa..  Apps ni boleh dimuat turun melalui Google Play Store  atau Apple App Store.

Kalau nak lagi mudah korang klik je link kat atas ni. Senang kan?

Apa lagi yang menarik dengan aplikasi IPC ni?

Selain ia mencadangkan korang tempat makan menarik yang ada kat IPC ni, apps ini turut membantu menunjukkan lokasi kedai di dalam pusat beli-belah (seperti mall guide), maklumat tentang tempat parkir, promosi terbaru yang ada dan juga promosi untuk ahli!

Ni kami share sikit kandungan apps ni. Memang convenient la kalau nak pergi IPC ada apps ni. Sure korang dah tak payah pening-pening nak fikir apa nak buat bila sampai sana…

Takut tiada akses internet di IPC? Jangan risau, kat sana ada Wi-Fi free…

Korang nak tau lagi, selain apps yang convenient, IPC turut menyediakan Wi-Fi percuma kepada pengunjung. So, senangla korang nak guna apps ni masa datang IPC.

Dengan adanya apps dari IPC ni juga, lebih mudah untuk korang melayari internet menerusi perkhidmatan Wi-Fi percuma. Takdelah korang tercari-cari bila terputus line nanti.

So korang, tunggu apa lagi, jom download aplikasi pusat beli-belah IPC di (Google Play Store/ Apple App Store) bagi menikmati satu pengalaman baru yang tak pernah korang rasai di pusat beli-belah yang lain!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×