berita

Brad Pitt, Lelaki Pertama Jadi Ikon Perfum Wanita, Chanel No. 5

October 16th, 2012 | by Ai
Hollywood

Pertama kali dalam sejarah, seorang lelaki telah dipilih untuk sebagai ikon untuk minyak wangi wanita. Sebagai seorang pelakon yang kacak, Brad Pitt sememangnya pilihan yang paling sesuai untuk minyak wangi wanita, Chanel  No. 5.

Menurut jurucakap Chanel, “Tiada pelakon yang hebat seperti Brad Pitt, dimana bakat, populariti dan wajahnya adalah lagenda, seperti minyak wangi Chanel No. 5 yang dicipta oleh Ernest Beaux.”

Sebuah iklan berdurasi 30 saat telah dihasilkan oleh pengarah dari British, Joe Wright (Pride And Prejudice, Atonement, Hanna). Video versi hitam putih ini menunjukkan Brad berdiri sambil bersajak yang ditujukan kepada wanita. Mari kita lihat video selepas ini ya.

Sumber : Relaxnews

SKIP THIS AD ×