
Institut Penyelidikan Perniagaan Korea mengumumkan keputusan indeks reputasi jenama untuk kumpulan idol bagi bulan Mac.
Artikel Berkaitan: BTS Sah Ke Kuala Lumpur 12 & 13 Disember Ini, Jelajah Dunia 2026-2027 Kini Bermula!
Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay & Blackpink Jana Pulangan Ratusan Ribu Ringgit Kepada Ekonomi Negara
Carta top 30

Data yang dikumpul sejak 12 Februari hingga 12 Mac ini merangkumi aspek penyertaan pengguna, liputan media, serta interaksi komuniti yang sangat meluas.
Menerajui takhta adalah kumpulan fenomena global, BTS. Mereka berjaya mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan indeks reputasi jenama yang mencecah angka 9,402,729.
Kehebatan mereka kali ini turut dikaitkan dengan kata kunci popular (analisis keyword) seperti ‘Gwanghwamun’, ‘ARIRANG’, dan ‘Netflix’. Rata-rata peminat menyuarakan keterujaan mereka terhadap ‘comeback’ kumpulan ini ke persada seni.
Di tangga kedua, BLACKPINK membuktikan pengaruh luar biasa. Mereka mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 37.48% berbanding bulan lepas, dengan jumlah indeks 7,230,109.
Manakala tangga ketiga adalah IVE dengan indeks 6,984,797, sekali gus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok elit K-Pop.
Sementara itu, SEVENTEEN berjaya mempertahankan kedudukan di tempat keempat dengan prestasi yang sangat memberangsangkan menerusi lonjakan skor sebanyak 55 peratus.
Melengkapkan senarai lima terbaik adalah TWICE, yang turut menunjukkan trend positif dalam nilai jenama mereka bulan ini.
Berikut merupakan top 30 bagi bulan ini:
1. BTS
2. BLACKPINK
3. IVE
4. SEVENTEEN
5. TWICE
6. KiiiKii
7. EXO
8. ENHYPEN
9. Stray Kids
10. Red Velvet
11. OH MY GIRL
12. BIGBANG
13. TWS
14. aespa
15. SHINee
16. Hearts2Hearts
17. Wanna One
18. THE BOYZ
19. CORTIS
20. Super Junior
21. FIFTY FIFTY
22. Apink
23. ASTRO
24. i-dle
25. BTOB
26. ALPHA DRIVE ONE
27. LE SSERAFIM
28. idntt
29. MONSTA X
30. fromis_9
Sumber: Soompi








