berita

Buah-buahan Daripada Noir Coco Chanel!

August 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Haruman buah-buahan yang mengasyikkan. Itu yang boleh digambarkan tatkala simbahan haruman wangian kekal di seluruh badan.

Intipatinya yang eksotik dirumus khas daripada bauan buah-buahan segar dan dikombinasikan dengan  pembungkusan yang eksklusif memberikan si jelita kekal menawan.

Salah satu wangian terkenal yang bakal menambat hati si pemakai iaitu Noir Coco Chanel yang dihasilkan khas bagi mereka yang ingin mengekalkan keharuman klasik buah-buahan.

Noir Coco Chanel merupakan aroma yang mewakili satu era diilhamkan dengan mengandungi unsur seksi, dewasa dan canggih dalam penggayaan.

Melangkah dengan berani dengan wangian yang kekal sehingga beberapa jam semasa anda berada diluar dengan bentuk fizikal botol yang berbentuk petak berona hitam ini memberikan aura klasik kepada si pemakai.

Wangian ini adalah pelancaran minyak wangi pertama yang besar untuk musim luruh dimana ianya juga dirumus khas daripada ekstrak top notes of grapefruit, Calabrian bergamot, a heart of rose absolute, Rose essence, jasmine absolute, narcissus, rose geranium leaf, a dry down of Brazilian tonka bean, Venezuelan tonka bean, Indonesia patchouli, New Caledonian sandalwood, Bourbon vanilla, White musk dan Frankincense.

SKIP THIS AD ×