berita

Buang Sel Mati & Rawat Badan Anda Dengan Spa Di Rumah!

April 25th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Be Good Ambience 1

Jika anda seorang wanita atau lelaki bekerjaya, pasti sukar untuk mencari masa lapang bagi memanjakan diri sendiri dan merehatkan minda di spa.

Apatah lagi ramai beranggapan bermalas-malasan di rumah pada hujung minggu adalah lebih baik selepas penat bekerja di pejabat sepanjang lima atau enam hari seminggu.

Penulis sendiri pun adakalanya terpaksa mengorbankan cuti demi kerja, hingga kadang-kala berasa terlampau penat dan teringin menikmati rawatan urutan dari profesional. Tetapi malangnya kekangan masa seringkali membantutkan impian itu.

Hinggalah pada satu hari, penulis terfikir tidak salah untuk memberikan sedikit keistimewaan kepada tubuh badan kita dengan mewujudkan sendiri imaginasi spa di rumah. Malah, kosnya pun taklah terlalu tinggi berbanding di luar.

be good

Antara produk yang dijual di Be Good

Bagaimana? Senang sahaja, sekarang ini sudah banyak produk penjagaan diri dijual di pasaran yang sesuai digunakan mengikut keperluan seseorang.

Anda sebut sahaja mahu jenama apa, semuanya telah tersedia di mana-mana stor kecantikan. Cuma tahap keberkesanan dan harga sahaja yang membezakan sesuatu produk itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini penulis diperkenalkan dengan rangkaian produk buatan sendiri dikenali sebagai Be Good yang mudah didapati secara atas talian tanpa perlu membazir masa ke kedai-kedai berhampiran.

Lebih menarik lagi, kesemua produk yang merangkumi Body Scrub, Lotion Bar, Lip Scrub, Lip Balm, Body Soap dan sebagainya dihasilkan sendiri mengikut formula yang telah dikaji berulang kali oleh pengasas Be Good iaitu James Wong.

Penulis beruntung kerana dijemput bertemu dengan James secara dekat bagi melihat sendiri jejaka muda ini menghasilkan Body Scrub sambil menikmati sesi mini spa oleh James.

Be Good Scrub step 6a

Sesi demonstrasi body scrub

Dengan menggunakan bahan utama seperti gula, almond oil, essential oil, buah-buahan, bunga-bungaan dan herba sebenar dalam setiap produknya, James berjaya membangkitkan satu perasaan tenang dan nyaman bagaikan berada di spa.

Sewaktu body scrub dilumurkan ke tangan, penulis dapat merasakan gabungan gula dan cebisan teh hijau di dalam ramuan itu mengeluarkan sel-sel mati yang melekat di kulit selama ini.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian penulis ialah Lip Scrub yang dihasilkan Be Good. Sejujurnya, beberapa minggu sebelum bertemu James, bibir penulis mengalami kegatalan dan kekeringan akibat kekurangan air di dalam badan.

Jadi, penulis sengaja mengambil kesempatan mencuba produk berkenaan untuk melihat keberkesanannya. Tak sangka pula bintik-bintik gatal pada bibir semakin berkurang dan jadi lebih lembut sehari selepas itu.

Be Good Scrub step 1

Bahan-bahan bagi menghasilkan body scrub

Mungkin kerana penggunaan bahan-bahan semulajadi dan ketiadaan alkohol di dalam produk Be Good mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit manusia.

Selain daripada itu, aromanya yang unik dan harum juga membuatkan ramai pengguna menyukai hampir kesemua produk Be Good. Perkara ini diperakui sendiri oleh pelanggan-pelanggan James yang ditemui tempoh hari.

Bagi yang berminat merasai sendiri produk Be Good, anda boleh dapatkannya secara atas talian sama ada menerusi Facebook, laman web Be Good atau beli terus dari booth mereka di Publika.

SKIP THIS AD ×