Kumpulan pop rock British, The 1975 diarah untuk membayar denda sebanyak RM12.3 juta (£ 2,099,154.54) kepada penganjur konsert, Future Sound Asia selepas mencipta kontroversi di konsert Good Vibes Asia 2023 yang diadakan di Sepang pada bulan lepas.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Diundang Maka Itulah Yang Dapat’ – Matty Healy Tuding Salah Dekat Penganjur
Diberi masa 7 hari
Memetik laporan Malaysiakini, peguam kepada penganjur, David Dinesh Matthew memaklumkan bahawa arahan itu dilakukan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia.
Sekiranya kumpulan tersebut gagal mematuhi surat undang-undang yang telah dikeluarkan pihak penganjur, mereka akan dihadapkan ke mahkamah sivil di United Kingdom.
Tuntutan oleh Future Sound Asia pada asasnya ialah The 1975 telah melanggar kewajipannya di bawah kontrak untuk membuat persembahan.
Yang penting, wakil penyanyi utama (kumpulan itu) Matt Healy memberi jaminan bertulis sebelum persembahan. Bahawa kumpulan itu akan mematuhi jaminan tersebut, iaitu mereka ‘akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan tempatan’.
Ini adalah jaminan bertulis yang diberikan oleh penganjur Future Sound Asia, dan tuntutan itu atas pelanggaran jaminan berkenaan.
Tambah Dinesh lagi, sekiranya The 1975 tidak mengendahkan arahan tersebut dalam masa tujuh hari, yang berkuat kuasa pada Isnin, penganjur akan memfailkan tuntutan sivil di mahkamah UK kerana melanggar kontrak.
Dinesh juga mengesahkan agensi kumpulan tersebut telah pun menyerahkan surat salinan yang mereka terima kepada peguam mereka.
Sekadar info, persembahan The 1975 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan aksi songsang dengan mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas pada 22 Julai yang lepas.
Bukan itu sahaja, Matty juga didakwa mengeluarkan perkataan yang menghina undang-undang Malaysia berkaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Sumber: Malaysia Kini