Sebelum ini, kumpulan The 1975 bertindak beraksi biadab ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.
Selain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, vokalis The 1975 iaitu Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas.
Bertambah teruk lagi, Haely yang sedang memegang botol arak ketika membuat persembahan turut meludah dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan.
Artikel Berkaitan: Fahmi Fadzil Nafi Arah Naratif Jahat Salahkan PAS Isu Festival Good Vibes 2023
Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Diundang Maka Itulah Yang Dapat’ – Matty Healy Tuding Salah Dekat Penganjur
Artikel Berkaitan: Edry Abdul Halim ‘Pangkah’ The 1975 – ‘Di UK Orang Tahu Perangai Mereka Teruk’
Artikel Berkaitan: ‘The 1975 Contoh Terbaik Kebodohan’ – Sheila Majid
Terbaru, vokalis tersebut sekali lagi mencetuskan kemarahan banyak pihak.
Tidak akan ke Malaysia
Menerusi rakaman video yang viral di Instagram, Matty kali ini bercium pula dengan vokalis kumpulan Blink 182 iaitu Tom DeLonge ketika membuat persembahan di Festival Muzik Lollapalooza di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pada acara berkenaan, Matty yang juga dilihat memegang botol minuman keras di atas pentas, turun ke bawah menghampiri Tom di bahagian penonton.
Mereka berdua secara spontan dilihat berpelukan dan bercium pipi sehingga aksi tersebut berjaya dirakam oleh banyak pihak.
Tom kemudian menerusi satu perkongsian di laman sosial miliknya membuat hantaran tentang kejadian itu selain seakan turut mempersendakan undang-undang Malaysia.
Rasanya saya dan The 1975 tidak akan datang ke Malaysia. Sepasang lelaki bercium di persembahan hebat Matty.
Sumber: Instagram