Meskipun sudah dikenali, pelawak dan pelakon Azlee Senario berpendapat bergelar selebriti bukan tiket untuknya bersikap sombong dengan orang ramai.
Artikel Berkaitan: Awie Dedah ‘Influencer’ Minta Harga Tinggi Melambung, Puji Erra Fazira Profesional Ganti Watak Kecil
‘Buat apa nak sombong?’
Menerusi perkongsian di TikTok, Azlee berkata hidup di dunia hanya satu pinjaman dari Ilahi yang pada akhrinya semua manusia akan kembali bertemu Sang Pencipta.
Hidup hanya satu pinjaman, satu hari kita akan menghadap Allah. Buat apa nak sombong.
Pada perkongsian sama, Azlee turut memuat naik tangkapan skrin layar berita sebuah portal yang memuji sikapnya gemar melayani peminat sama ada di luar atau dalam media sosial.
Terdahulu, Azlee menerusi sesi siaran langsung di TikTok berkongsi pendapatnya dengan mengatakan sifat sombong boleh merugikan diri seseorang.
Tambah Azlee, dia sebagai anak seni tidak seharunya mempunyai sifat tidak baik itu dan seeloknya sifat ‘meninggi diri’ perlu dibuang jauh.
Sumber: TikTok