Baru-baru ini hangat diperkatakan berkenaan penyanyi Bella Astillah membuat live di Instagram miliknya bersama bekas suami Aliff Aziz. Rata-rata netizen mengatakan Bella hanya ingin meraih publisiti murahan.
Sehubungan dengan itu, menerusi Berita Harian, Bella tampil memberi penjelasan bahawa live di Instagram itu hanyalah cara mereka berkomunikasi secara langsung sebagai rakan. Dia turut menegaskan tindakkanya itu bukanlah satu isu yang besar.
Tidak ada timbul isu rujuk semula
dis makes me emotional :/ pic.twitter.com/3lIHVYwEsi
— E (@EBatrishiaa) September 22, 2019
Video live di Instagram ini mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan Bella itu. Namun baginya tidak ada timbul perasaan ingin rujuk kembali. Dia hanya ingin bekas suaminya tampil yakin secara langsung di Instagram.
Tidak timbul soal nak rujuk atau sebaliknya apabila kami masih berhubung. Ia juga bukan seperti memberikan harapan kepada Aliff. Begitupun, warganet mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri berkaitan hal ini. Saya pula tidak kisah apa yang mereka hendak fikirkan.
Aliff kurang keyakinan
Selain itu, dia turut menegaskan bahawa dia akan terus membuat IG live bersama suaminya walaupun mereka tidak bersama lagi.
Dengan segala pengalaman ditempuhinya, Aliff kurang yakin untuk tampil secara langsung di IG. Jadi, saya mengajaknya untuk turut serta apabila berbuat begitu.
Dengan mengadakan IG Live bersama, saya nampak dia lebih yakin. Saya sendiri ingin memberikan semangat kepadanya. Apa sahaja yang berlaku, Aliff tetap bapa kepada anak kami (Ayden Adrean). Kami akan tetap buat IG Live bersama, selepas ini.
Aliff sedang berusaha berubah
Apa yang saya tahu, dia kini berusaha mendekatkan diri dengan agama, termasuk mengikuti kelas mengaji.
Perkara sebegitu pastinya akan mendorong Aliff untuk lebih dekat dengan kebaikan. Apabila kita berbuat baik, insya-Allah Tuhan akan memberikan kebaikan juga untuk kita.
Apa yang pasti juga, anak tetap menjadi sumber kekuatannya. Selebihnya, saya kurang arif.
Bekas suaminya kini berada di Singapura dan sedang mendekatkan diri dengan agama. Dia menyokong Aliff untuk berubah ke arah lebih baik dengan menjadikan anak sebagai sumber kekuatan.
Sumber: Berita Harian