berita

Buat ‘Perangai’ Lagi, Shahrizal Jaszle Cuba Lari Dari Kontroversi?

April 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shah Jaszle Dakwa Diri Di Perangkap

Ahad lalu, nama pelakon Shahrizal Jaszle kembali panas. Mana taknya, belum habis perbicaraan kes tangkap khalwat, dia kini dikatakan telah putus tunang dengan Redzwani Puteri. Lebih mengejutkan, khabarnya aktor ini sudah pun menemui pengganti.

Tindakannya memuat naik foto buah hati terbarunya melalui laman sosial Instagram telah mengundang pelbagai reaksi dari peminat dan paling utama turut mengundang reaksi tunangnya sendiri.

Artikel Berkaitan : Sumber – Didakwa Baru Putus Tunang Dengan Redzwani, Shahrizal Jaszle Kini Sudah Ada Pengganti?

Enggan membiarkan isu panas ini terbiar begitu sahaja, kami telah cuba menghubungi tuan badan sendiri untuk bertanyakan mengenai status pertunangan dan kekasih barunya itu.

shah

Shahrizal Jazle dan Redzwani Puteri didakwa telah putus tunang

Bagaimanapun, usaha kami untuk mendapatkan penjelasan empunya diri gagal kerana panggilan yang dibuat tidak berjawab, malah pesanan ringkas (SMS) kami pun dibiarkan sepi.

Persoalannya, mengapa aktor yang lebih mesra disapa Shahz Jaszle ini seolah-olah ingin melarikan diri daripada menjawab sebarang pertanyaan wartawan?

Jika pertunangannya dengan Redzwani Puteri sudah berakhir dan kini dia sudah bertemu pengganti, bukankah lebih baik dia menggunakan peluang ini untuk membersihkan namanya dan menerangkan keadaan sebenar.

Dan yang paling membuatkan kami tertanya-tanya ialah kenapa dedahkan diri sudah ada kekasih baru di laman Instagram jika tak mampu untuk menjawab panggilan dan mesej yang diberi? Sebagai artis, Shahz sepatutnya bersikap lebih profesional dalam menghadapi sebarang kontroversi.

Screen-Shot-2014-04-19-at-8.40.16-PM

Wanita dipercayai kekasih baru Shahrizal Jaszle

Kalau diikutkan, sudah kali kedua isu sebegini timbul dimana Shahz menghilangkan diri begitu saja. Kali pertama ialah ketika dirinya ditangkap khalwat.

Apapun, kami mengharapkan penjelasan dari Shahz Jaszle sendiri berhubung perkara begini. Jika anda dipihak yang benar, tak salah untuk tampil memberi penjelasan.

Maklum sajalah, hanya tuan badan saja yang tahu apa yang tersirat dan tersurat.

SKIP THIS AD ×