Sekadar gambar hiasan
Benarlah orang kata, guru merupakan insan yang mulia dan berjasa kerana menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab mendidik manusia serta melahirkan generasi yang berilmu.
Namun berbeza pula kisahnya kali ini apabila seorang guru wanita telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa merogol anak muridnya.
Tergamak rogol anak murid
Foto: Daily Mail
Memetik laporan Daily Mail, suspek yang dikenali Krystal Jackson dipercayai merogol seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tahun semasa sesi home tutor. Lebih mengejutkan apabila mengetahui guru wanita yang berasal dari California itu sebenarnya sudah pun berkahwin namun masih tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Tak terlintas dek akal bagaimana seorang pendidik tergamak bertindak sedemikian terhadap anak muridnya.
Menurut sumber, suspek kemudian didakwa dengan empat tuduhan rogol, seks oral, cabul, berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak untuk melakukan kejahatan dan bertemu untuk tujuan cabul. Suspek telah ditahan dengan jaminan RM891,000.
Kami percaya mangsa selamat dan amat bersyukur, tetapi kami tidak tahu jika ada mangsa lain. Mangsa juga didera.
Difahamkan, suspek mula bekerja di Mountain View Independent School, Reedley pada tahun lalu sebelum Pejabat Sheriff Fresno County dan Pasukan Petugas Jenayah Internet California terhadap Kanak-kanak (ICAC) menerima laporan mengenai perbuatan keji itu.
Sumber: Daily Mail