Sekadar gambar hiasan
Sebuah perkahwinan yang berlangsung di negara seberang, Indonesia menerima kecaman daripada wargamaya susulan pengantin perempuan yang dikatakan berkahwin dengan bapa saudaranya sendiri. Video tersebut bagaimanapun, meraih 1001 persoalan daripada wargamaya akan keputusan yang diambil oleh pasangan pengantin ini.
Artikel Berkaitan: Kisah Anak Umur 16 Tahun Dah Tunang Viral, Keluarga Restu & Teruja Bakal Dapat Menantu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’
Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…
Kahwin dengan bapa saudara
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang individu di laman TikTok, menceritakan seorang gadis sah bergelar seorang isteri kepada bapa saudaranya sendiri. Menerusi video pendek dikongsi memaparkan kemeriahan sepanjang majlis tersebut berlangsung bersama para tetamu yang hadir.
Jodoh dengan teman lelaki tidak.
Jodoh dengan bapa saudara ya.
Menerusi laporan Wolipop, seorang individu dikenali sebagai Haslinda menjelaskan pengantin wanita dikenali sebagai Rindiani berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia berkahwin dengan bapa saudaranya, Herma.
Perkahwinan mereka telah diaturkan. Pengantin perempuan ialah anak saudara kepada pengantin lelaki, tetapi bukan anak saudara kandung. Pengantin lelaki merupakan sepupu kepada ibu pengantin perempuan. Jadi, istilahnya adalah bapa saudara sepupu.
Dalam salasilah, pengantin lelaki adalah generasi pertama, manakala pengantin perempuan adalah generasi kedua. Jadi, kebiasaannya kami panggil pak cik atau mak cik.
Ujar Haslinda lagi, ramai individu yang salah faham akan video tersebut dan perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi.
Video penuh:
@indahnya_veri tdk perlau jauh”mencari yg cocok,karna terkadang jodoh qt berada didepan mata?#fyp #bugis #tiktokbugis #tiktok #foryou #sidrap #tanrutedong @insomhere____ ? suara asli – bugis_tiktok
Boleh ke kahwin?
Sumber: Indahnya_Veri & Wolipop