Di Twitter, masih rancak perdebatan mengenai pakaian tradisional sesuatu kaum yang digayakan oleh bangsa lain.Isu ini mula tercetus apabila gambar Mira Filzah memakai pakaian lengkap sari lehenga ditegur seorang wanita berbangsa India. Dakwa wanita itu, pakaian tradisional tidak seharusnya dipakai bagi tujuan meraih keuntungan.
Artikel berkaitan: Mira Filzah Minta Maaf Pakai Sari
Sementara itu, penyanyi Ernie Zakri turut memberi respon terhadap situasi yang rancak menjadi perdebatan netizen di media sosial. Malah, seharusnya ‘cultural appropriation‘ sebegini tidak berlaku memandangkan kita hidup dalam pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia.
Takut digelar cultural appropriation
Sementara itu, penyanyi Ernie Zakri turut memberi respon terhadap situasi yang rancak menjadi perdebatan netizen di media sosial. Menurut Ernie, istilah ‘cultural appropriation‘ tidak sepatutnya berlaku memandangkan kita hidup dalam pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia.
Kenapa merumitkan perkara ini?
Tambahan, Ernie mempersoalkan mengapa perlu wujud pemikiran cultural appropriation sedangkan kita hidup dalam pelbagai jenis kaum dan bangsa. Malah, isu mengenai busana tradisional sebegini tidak seharusnya dirumitkan sedangkan sebelum ini juga rata-rata antara kita sering mengenakan busana bangsa lain di mana-mana majlis.
Sekali seumur hidup
Memberi respon kepada pandangan Ernie, peminat bersetuju sekiranya penyanyi itu mengenakan pakaian Hollywood di majlis perkahwinannya nanti. Sepastinya, peminat juga tidak sabar menanti hari bahagia Ernie dan Syamel.
Sumber: Ernie Zakri