berita

Budak 10 Tahun Dirantai Pada Tong Gas Akibat Tak Nak Sekolah, Wajar Ke?

October 6th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Seorang ayah tergamak merantai anaknya pada tong gas dan meninggalkan di ruang dapur rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Si ayah yang juga seorang tentera kemudiannya ditahan polis untuk  siasatan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun berkenaan diperlakukan sedemikian dipercayai kerana tidak mahu ke sekolah.

Terbaring, tak berbaju, tak sedarkan diri

Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, tapi tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tak sedarkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Abdul Aziz Salleh, pasukannya menemukan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terbaring.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kecederaan dialaminya di bahagian leher.

Perangai buli kem bawa ke rumah

Banyak lagi cara nak ajar dan denda anak

Sumber: Berita Harian, Facebook Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×