berita

Budak 11 Tahun Tembak Rakan Sepasukan Kerana Berebut Sebungkus Snek

October 5th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah ditahan selepas didakwa menembak dua rakan sepasukannya kerana bergaduh disebabkan sebungkus snek.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Mahu Beli Iphone 15, Pelanggan Bergaduh Dengan Pekerja

Artikel Berkaitan: Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal, Peniaga Maut Gaduh Dengan Pelanggan

Ambil pistol dari kotak

Menerusi laporan Fox 35, polis Apopka telah menerima panggilan berhubung kejadian tembakan di kompleks Pusat Rekreasi.

Difahamkan, kanak-kanak itu bergaduh disebabkan sebungkus snek sehingga suspek memukul dan mencederakan dua orang rakannya.

Susulan daripada kejadian itu, suspek telah ditahan di lokasi kejadian dan dikatakan dia bakal berdepan dengan satu pertuduhan cubaan membunuh tahap dua.

Pihak berkuasa berkata budak lelaki itu mengambil pistol dari kotak yang tidak berkunci di dalam kereta SUV ibunya lalu melepaskan tembakan ke arah rakan sepasukan yang lain sehingga terkena pada bahagian belakang mangsa.

Tembakan yang sama dipercayai terut mengenai lengan seorang remaja.

Berikutan daripada itu, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital dan dijangka pulih sepenuhnya.

Rakaman pengawasan (CCTV) menunjukkan salah seorang daripada mangsa mengejar suspek.

Kelihatan suspek berlari ke arah kenderaan ibunya sebelum melepaskan tembakan.

Pihak polis menyatakan bahawa pistol yang digunakan suspek adalah milik ibunya. Walau bagaimanapun ibunya didakwa boleh menghadapi tuduhan jenayah kerana pistol itu ditinggalkan di tempat yang tidak selamat.

Sumber: Fox 35

SKIP THIS AD ×