berita

Bapa Tembak Mati Kekasih Anak, Tak Restu Sebab Pernah Terjebak Dengan Dadah

February 8th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki di Thailand tergamak menembak sehingga mati kekasih anak perempuannya kerana tidak bersetuju dengan hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: Suami Kantoi Ada Hubungan Sulit, Tembak Isteri & Anak Lelaki

Artikel Berkaitan: Pelajar Tembak Diri Sendiri Selepas Tembak Rakan & Pengetua Sekolah

Tiga kesan tembakan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan tersebut di sebuah rumah di daerah kecil Khok Yang, Thailand.

Mereka segera ke tempat kejadian lalu menemui mayat seorang lelaki yang berusia 38 tahun di pintu belakang rumah.

Mayat tersebut dalam keadaan terbaring tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Malah, terdapat tiga kesan tembakan kelihatan berhampiran kening kiri dan dadanya.

Bukan itu sahaja, polis juga menemui sebilah pisau sepanjang 20 sentimeter berhampiran mayat.

Suspek telah ditangkap atas kesalahan membunuh dengan sengaja dan terdapat bukti yang jelas dalam rakaman CCTV.

Menurut Timbalan Komander Polis Wilayah Krabi, Phitsanu Anchhanaphonkun, suspek membantah hubungan mereka berdua kerana mangsa mempunyai sejarah penggunaan dadah.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×