berita

[VIDEO] Netizen Puji Cara Fasha Sandha Layan Peminat Cilik – ‘Sifat Keibuan Sangat, Tak Kekok Pun’

January 16th, 2024 | by Alia
Kini Trending

fasha & budak lelaki

Pelakon jelita, Fasha Sandha mencuri perhatian warganet ketika dia ditemu bual oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah Saya Sihat’ – Fasha Sandha Tepis Dakwaan Netizen Kurus Sebab Sakit

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Nora Danish Bergambar Satu ‘Frame’ Di Rumah Jejai, Bersatu Demi Anak-Anak

Nasihat Fasha

fasha & budak lelaki

Menerusi video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial iaitu Bapa Bros, kelihatan anak lelakinya sedang menyatakan hasrat untuk menemu bual Fasha sebelum mengajukan soalan kepada aktres itu.

Walaupun saya berusia empat tahun, tetapi saya mahu belajar tentang kehidupan. Boleh beri sedikit nasihat?

Ibu kepada tiga orang anak tersebut kemudian menitipkan pesanan untuk kanak-kanak berkenaan agar menjadi insan berguna

Sayangi diri awak dan sayang keluarga awak. Awak kena belajar dan bermain bersungguh-sungguh serta sayang ibu awak. Kalau awak sentiasa meletakkan ibu awak nombor satu, awak akan berjaya.

Selepas sesi temu bual tersebut mereka mengikuti satu sama lain di akaun TikTok masing-masing.

Komen netizen

fasha & budak lelaki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fasha yang merendah diri ketika melayan peminat ciliknya itu dan mengagumi sifat keibuan yang ditonjolkannya.

Bagus Fasha, sifat keibuan sangat.

Terang dan jelas jawapan Fasha, tak kekok nak respon.

Sangat terinspirasi dengan jawapan Fasha.

@bapabros

#brotries #streetinterview #inpublic with fasha #bapabros #makanmaintidur

? original sound – BapaBros – BapaBros

Sumber: TikTok Bapa Bro

SKIP THIS AD ×