berita

Budak 6 Tahun Masuk ICU Selepas Terkena Asid Dibuang Jiran Tingkat Atas

April 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Gara-gara tindakan jiran tingkat atas membuang asid dalam saluran paip tandas, seorang kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa dikejarkan ke hospital.

Artikel berkaitan: Remaja 13 Tahun Jadi Mangsa Pertama Main Mercun

Artikel berkaitan: Mahukan Kelainan Ketika Lakukan Seks, Lelaki Cekik Kekasih Sampai Mati

Paip pecah, asid masuk mata

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, seorang lelaki berkata insiden tersebut berlaku di sebuah apartment milik adiknya yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur.

Kata individu tersebut, ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan yang juga merupakan anak saudaranya sedang mandi sebelum paip di dalam bilik air menjadi kembang dan pecah.

Difahamkan, asid tersebut digunakan oleh jiran terbabit untuk tujuan membersihkan tandas rumahnya.

Bertambah teruk lagi, individu itu berkata, kanak-kanak berkenaan terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan selepas asid yang tumpah terkena bahagian mata.

Apartment adik saya di Kepong. Orang (jiran) tingkat atas simbah asid dalam paip, anak dia yang kena. Tiba-tiba paip dia mengembang dan bocor.

Bau belerang sangat kuat dan kebetulan anak dia 6 tahun tengah mandi kemudian menjerit pasa; asid dah masuk mata.

Adik saya dah ketuk pintu jiran itu dan betul dia baru tuang asid dekat bilik air. Mungkin niat nak bersihkan paip tersumbat, tapu gelabah bila dah kena budak-budak.

Kena bawa pergi emergency, doktor masih monitor. Kena masa berbuka puasa pula tu, badan gata-gatal.

Sementara itu, di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata wargamaya menitipkan doa buat kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Netizen pernah berdepan insiden sama

Dalam masa sama, ada juga segelintir netizen yang berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama apabila ada jiran di tingkat atas menuang bahan berasid sehingga menyebabkan paip mereka bocor.

Malah, ada yang terpaksa melaporkan hal itu kepada pihak polis disebabkan jiran mereka tidak mahu bertanggungjawab.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×