Kes buli membabitkan pelajar sekolah sememangnya banyak dilaporkan berlaku di negara ini. Saban hari, ada sahaja individu yang dipilih untuk dijadikan mangsa buli mereka tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku nanti. Apa yang menyedihkan, ada dalam kalangan pembuli sudah berani memperlakukan aktiviti tidak bermoral ini di usia yang masih terlalu kecil.
Terbaru pengguna Facebook ini berkongsikan kisah di mana anak buahnya yang baru berusia 6 tahun menjadi mangsa buli sehingga mengalami kecederaan yang teruk di sekolahnya.
Dibuli budak darjah 3
Biasa dengar kes-kes buli di media sosial, kali ini anak buah saya sendiri kena. Apa salah dia? Apa salah budak sekecil 6 tahun? Sepatutnya bermula pembukaan sekolah budak sekecil ini gembira bersama-sama kawan-kawan lain namun lain jadinya bila anak sekecil ini dibuli di sekolah ******* hanya kerana diminta duit. Tapi budak sekecil ini tidak mungkin membawa duit banyak-banyak ke sekolah.
Budak yang membuli pula darjah 3. Masih terlalu mentah tapi sudah seteruk ini . Sampai anak buah saya terpaksa menjalani pembedahan retak tulang hidung dan darah beku .
Apa yang mengecewakan kami semua, pihak sekolah langsung tidak mengambil berat dan peka tentang hal ini. Sekolah di mana? Itu biar pihak polis sahaja yang akan buat siasatan seterusnya.
Terkilan
Dan kami sekeluarga cukup-cukup terkilan dengan setiap cikgu-cikgu bahkan ketua sekolah atau guru besar sekolah itu sendiri tidak mmpedulikan kes sebegini hanya demi menjaga kebaikan nama sekolah. Sungguh mengecewakan. Saya percaya dengan kuasa viral ini maka cikgu-cikgu pasti mengenali susuk tubuh kecil ini yang berjuang sendiri melawan sakit.
Antara simptom yang anak buah saya terpaksa lalui adalah darah beku pada hidung, retak tulang hidung, jangkitan kuman dalam darah dan terpaksa melalui antibiotik untuk 10 hari. Korang boleh bayangkan tak? Cik Siti ni ibunya yang terpaksa tinggalkan baby 7 bulan di rumah semata-mata untuk ulang-alik ke hospital tengok anaknya.
Sumber: Facebook Musafir Senja