berita

Budak Darjah 6 Rogol Budak 4 Tahun Tiga Kali Gara-Gara Tonton Video Lucah Dalam Handphone

July 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Gara-gara bebas menggunakan telefon bimbit tanpa batasan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun merogol kanak-kanak perempuan empat tahun yang merupakan kanak-kanak asuhan ibunya. Suspek dipercayai terpengaruh dengan video yang ditonton di internet.

Menerusi Harian Metro, kejadian yang berlaku di rumah budak lelaki tersebut di Batu Gajah, Perak. Suspek yang merupakan murid tahun enam itu telah berjaya diberkas pihak polis.

Mangsa mengadu sakit dibahagian kemaluan

Suspek dipercayai sudah melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan lalu. Ibu suspek merupakan seorang pengasuh yang mengambil upah menjaga kanak-kanak berusia seawal 2 tahun hingga ke 11 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia empat tahun sudah dihantar ke rumah ibu suspek sejak Oktober 2017 sehingga kini.

Ibu mangsa kemudiannya bertanya kepada mangsa bagaimana suspek pegang, mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kemaluannya.

Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali iaitu pertama pada awal Ramadan (tarikh sebenar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu.

Kesan koyakan pada pelbagai posisi

Ketua Polis turut menyatakan bahawa pemeriksaan perubatan sudah dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan dalam kemaluan mangsa oleh objek tumpul.

Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku.

Menurut Ahmad Adnan, siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video di dalam telefon bimbit. Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×