berita

Budak Lelaki 11 Tahun Dikurung, Dinoda Mat Bangla Dalam Stor

November 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Kes membabitkan serangan seksual terhadap kanak-kanak semakin kerap dilaporkan akhir-akhir ini. Isu ini perlu diambil serius kerana memberi gambaran peningkatan mereka bernafsu kepada kanak-kanak atau pedofilia.

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menempuh detik trauma apabila menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah warga Bangladesh, malam tadi.

Mahu ambil telefon dicas

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, lelaki Bangladesh berusia 36 tahun itu ditahan 2 pagi setelah bapa mangsa membuat laporan polis.

Suspek yang juga pekerja kontrak di gerai makan dikatakan mengurung mangsa di dalam stor dan meliwatnya.

Sebelum kejadian berlaku pada 11.30 malam semalam, mangsa datang ke stor berkenaan bagi mengambil telefon bimbit yang sedang dicas.

Namun, suspek tiba-tiba datang dan mengurung mangsa sebelum meliwatnya beberapa kali.

Pernah ditawar RM150

Kanak-kanak itu juga mengadu kepada bapanya sebelum ini suspek juga pernah cuba membuat perlakuan terkutuk itu dan menawarkan wang RM150 untuk melayannya.

Lelaki Bangladesh berkenaan ditahan bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak lelaki itu pula akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi tujuan pemeriksaan perubatan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×