berita

Budak Maut Tertinggal Dalam Kereta, Ibu Bapa ‘Leka’ Tonton Filem

December 1st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang perempuan dan kekasihnya didakwa telah melakukan pembunuhan tidak sengaja terhadap anaknya yang berumur 3 tahun di dalam keretanya, baru-baru ini di Townsville, Australia.

Menurut laporan media tempatan, ibunya, Laura Black, 37 tahun dan kekasihnya Aaron Hill, 39 tahun didakwa membunuh kerana kecuaian tertinggal anaknya, Rylee Rose di dalam kereta dengan suhu yang panas sehingga mencecah 32 darjah celcius. Anaknya ditinggalkan lemas di dalam kereta dari pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Cuai tertinggal anak dalam kereta

Foto: Mirror

Menurut laporan Mirror.co, Rylee dikejarkan ke Townsville University Hospital pada pukul 3 petang waktu tempatan setelah mereka sedar akan kecuaian mereka. Namun, nyawa Rylee tidak dapat diselamatkan.

Kedua pasangan itu bertengkar dalam perjalanan pulang dari sekolah selepas menghantar dua lagi anaknya. Setelah selesai menghantar mereka ke sekolah, Laura dan Aaron terlupa akan Rylee yang tertidur di bahagian belakang kereta. Selepas tiba di rumah, mereka terus masuk ke rumah untuk menyelesaikan perselingkuhan mereka. 

Setelah berjam-jam menonton sebuah filem di Netflix, pasangan itu keluar untuk mengambil anak mereka pulang dari sekolah, lalu terkejut selepas melihat anaknya Rylee yang terkunci di dalam kereta, tidak sedarkan diri. Kedua pasangan itu ditahan polis untuk siasatan lanjut. 

Suhu dalam kereta mungkin lebih 60 darjah celcius

Foto: News AU

Kedua pasangan itu akan tinggal berasingan dan menghadapi tindakan undang-undang pada 24 Februari 2021. Sementara itu, rakyat Australia yang prihatin dan sedih akan kejadian itu turut membuat tabung derma menerusi aplikasi GoFundMe. Menurut Kidsafe, sebuah persatuan pencegahan kemalangan kanak-kanak di Australia, lebih dari 5,000 kanak-kanak dapat diselamatkan dari kereta yang panas setiap tahun di Australia.

Pada musim panas di Australia, suhu di dalam kereta yang diparkir boleh mencecah 30 darjah celcius lebih tinggi daripada suhu luar. Ini bermakna suhu di dalam kereta ketika Rylee tertinggal di dalamnya mungkin mencecah lebih 60 darjah celcius.

Semoga ibu bapa dan juga pengasuh ambil iktibar daripada insiden yang telah berlaku sebelum ini, janganlah sesekali membiarkan anak kecil berseorang di dalam kereta, kerana bahaya datang tanpa diduga.

Sumber: Mirror.co.

 

SKIP THIS AD ×