Mencari lokasi tempat makan yang baru? Bila ditanya pasal tempat makan je, mesti korang dah pening kepala sebab tak tahu tekak tu nak makan apa kan?
Sama juga macam kami ni, bila keluar soalan nak makan mana? Mesti ada je yang susah nak buat keputusan. Alih-alih makan dekat tempat yang sama juga.
Ha jangan risau sebab kami nak kongsikan lokasi tempat makan yang menyediakan 400 rasa yang korang boleh pilih sampai rambang mata.
Yang paling best penggemar sambal dekat luar sana tu, tempat ni ada 25 jenis sambal untuk korang makan. Ha gempak kan! Dekat mana meh ushar sikit…
1- Makanan Seluruh Asia
Pelbagai jenis juadah yang boleh korang makan dekat sini. Jangan tak tahu pulak yang tempat ni mampu buat korang ternganga dengan juadah yang diorang ada.
Bayangkan 400 juadah dihidangkan kepada anda, mesti tak tahu nak pilih kan. Ha.. Ha.. Ha.. Sabar bukan semua dihidangkan dalam sebuah restoran je, sebenarnya hidangan yang kami cakap tadi dihidangkan di dua buah restoran di Malaysia.
Ada resepi asalnya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan beberapa daerah yang terkenal makannya, korang pilih je.
(Station makanan yang simple tapi)
Banyak lagi sebenarnya pilihan makanan antara yang kami paling suka, bila ada gulai kawah ketam, ikan, bubur lambuk pun ada tau.
(Nah sup Gearbox dengan daging bakar terbaik bak hang!)
Nak yang direbus, dipanggang, digrill, dibakar, dan banyak lagi la proses menghasilkan hidangan di sini sehingga boleh tersedianya 400 jenis rasa hidangan di dua buah restoran. Jangan rambang mata pulak nak pilih, kalau nak makan semua rasa la sikit seorang.
2-Pencuci mulut enak yang boleh buat korang menangis kalau tak cuba.
Pencuci mulut ni memang jadi kegilaan bagi mereka yang sukakan manis, tapi yang kurang gemarkan manisan korang boleh je makan buah. Tapi jangan pening nak pilih sebab banyak sangat pilihan buah tau.
(Kuih tradisional juga turut disediakan putu piring tu)
Tapi jangan lupa untuk seimbangkan manisan dengan minum air masak banyak-banyak. Barulah sihat sepanjang hayat bila tubuh badan sihat barulah boleh buat kerja dengan lebih bersemangat.
3- Ruang luas dan selesa sesuai untuk keluarga besar, kawan yang ramai atau majlis istimewa.
(Ruang dalaman yang luas dan mewah)
Bulan ramadan ni nanti, apa kata kita tingkatkan amalan kita dengan belanja keluarga atau pun rakan-rakan sekerja kita tu makan dekat tempat ni. Bukan selalu kan dapat makan bersama dengan suasana yang mewah ni.
Lagipun ruang dalaman restoran ni cukup luas untuk korang bawa keluarga besar korang atau rakan-rakan sekerja mahupun nak buat majlis istimewa ramadan nanti.
So kami cadangkan korang semua pergi je The Resort Café dan Café West untuk dapatkan suasana dan makanan yang enak belaka ni. Tapi dekat mana tempat tu? Ha..kejap lagi kami kongsikan dengan korang.
4- Makan sambil jaga nutrisi
Buat yang jaga makan tu, maka tiada alasan untuk korang tidak kurus sebab dekat tempat ni ada juga disediakan makanan yang sihat dan penuh nutrisi.
Dekat sini, mereka juga ada menyediakan juadah yang boleh dimakan dengan senang hati tanpa perlu fikirkan masalah berat badan sebab makanan dimasak dengan cara digrill dan ada juga yang direbus. Terbaik kan?
5. Penangan 25 jenis sambal dan ulama-ulaman buat korang tak tenang
Wow, kalau tanya kami memang sambal belacan, sambal kicap dengan sambal ikan bilis je la yang kami tahu. Tak sangka rupanya dekat sini 25 jenis sambal diorang ada.
(Uih! geram je tengok sambal-sambal ni)
Mereka akan sajikan 8 jenis sambal pada setiap malam, selebihnya untuk malam-malam berikutnya dan kitaran akan berterusan sehingga 30 hari sepanjang ramadan kali ni.
Cuba korang senaraikan jenis-jenis sambal ni nanti dekat komen lepas baca artikel ni lepas korang makan dekat ‘sini’.
(Ni la menara ulam yang disebut sebut tu)
So nak kena pekena satu-satu ni baru puas makan dengan ulam-ulam segar yang tersedia tu. Katanya ulam satu menara! Ha…Tekejut kan? Penggemar ulam memang suka la makan semua, ada petai, pucuk ulam raja, pegaga, banyak la sampai takut tak terpilih pula nanti.
Buffet terbaik ni hanya di The Resort Café dan Café West bak hang! Rugi tak cuba.
Pergh! memang tak senang duduk dibuatnya bila tengok semua makanan ni. Semua tu korang boleh dapatkan di The Resort Café di Sunway Resort Hotel & Spa dan Café West di Sunway Pyramid Hotel West.
Jika korang berkunjung ke The Resort Café korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah yang rata-ratanya adalah masakan yang mempunyai rasa yang klasik dan rasa tradisional berlatar belakangkan Malaysia dan kawasan sekitarnya.
Manakala, di Café West pula korang akan dipersembahkan dengan “Live Food Bazaar” atau konsep gerai yang menyediakan juadah terus kepada korang semua. Yang paling best, nanti korang boleh makan makanan yang disediakan dengan menggunakan kawah.
Harga yang ditawarkan adalah RM68 bagi kanak-kanak (6-12 tahun) manakala bagi dewasa pula RM168 untuk seorang. Memang tepatlah harga dengan juadah yang disediakan. Korang boleh rasa semuanya bermula 6 Jun sehingga 5 Julai 2016 ni,
Lokasinya yang cukup strategik ni boleh korang manfaatkan sebaik-baiknya dengan ajak keluarga atau rakan-rakan berbuka dekat Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Pyramid Hotel West.. So apa tunggu lagi cepat book sekarang sebelum tempat penuh.
Nak tengok lagi tak juadah apa yang The Resort Café dan Café West ni ada? Jom ni kami nak ‘payung’ sikit.
Sumber: Portal Sunway Resort, Hotel & Spa / Sunway Pyramid Hotel West