berita

Buka Mi Store & Lancar 2 Smartphone Terbaru Di Malaysia, Pavilion KL Sesak Sabtu Lalu

November 16th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Bila admin sebut jenama Xiaomi, mesti korang dah tau kan? Bukan saja dah ada lebih 20 model smartphoneXiaomi juga dah mencapai 100 juta target jualan tahun 2018 lebih awal daripada jangkaan pada September lalu.

Baru-baru ini, Xiaomi melebarkan sayapnya di Malaysia dengan membuka satu lagi kedai rasmi Mi Store di Pavilion KL

Apa yang ada di Mi Store Pavilion KL ni? Dengar kata Xiaomi ada melancarkan 2 smartphone terbaru mereka dan pelanggan berebut mendapatkan promosi hebat untuk semua model smartphone dan aksesori yang dijual…

Ada promosi serendah RM9.90, patutlah pelanggan beratur dari pagi

Setakat ini, Xiaomi dah berjaya membuka kedai rasmi Mi Store di Malaysia antaranya Imago KK Times Square Sabah, Paradigm Mall Johor, IOI City Mall Putrajaya, Suria KLCC, Mid Valley dan Queensbay Mall Pulau Pinang. Terkini, Pavilion KL adalah lokasi paling strategik untuk Xiaomi mendekati pelanggan setianya…

Kaau korang tak tau, Sabtu lalu satu majlis besar-besaran diadakan di Pavilion KL bagi menyaksikan pembukaan rasmi Mi Store. Lebih 100 pengunjung termasuk VIP, media dan selebriti tanah air seperti Hafreez Adam dan Farisha Irish datang bagi memeriahkan pembukaan kedai yang terletak di tingkat 1 pusat beli-belah terkemuka itu.

Pada hari yang sama, Xiaomi turut mengadakan promosi ‘harga runtuh’ sempena pembukaan Mi Store dengan menawarkan pelbagai model smartphone bersama aksesori eksklusif yang dijual pada harga jauh lebih murah. Antaranya:-

Mi In-Ear Headphones Basic dijual pada harga RM9.90, berbanding harga asal RM36. Siapa tak nak kan? Patutlah admin nampak banyak pelanggan yang beratur daripada pagi! Sebab, jualan hebat ini bermula pada jam 5 petang, hari Sabtu tu!

Sempena pembukaan Mi Store Pavilion KL, Xiaomi lancar dua model smartphone terbaru mereka, Mi 8 Lite & Mi 8 Pro

Bersempena pembukaan Mi Store di Pavilion KLXiaomi ada melancarkan dua model smartphone terbaru mereka iaitu Mi 8 Lite & Mi 8 Pro. Kata Xiaomi, diorang nak bagi kepelbagaian kepada pengguna untuk merasai keseronokan ciri terbaik siri Mi 8.

Presiden Serantau Asia Tenggara dan Oceania Xiaomi, Steven Shi berkata, Xiaomi nak pengguna smartphone mendapatkan smartphone ideal bagi memenuhi keperluan dan minat masing-masing.

“Bagi mereka yang gilakan teknologi, boleh dapatkan Mi 8 Pro yang dilengkapi ciri hebat dan rekaan dengan gaya terkini. Untuk penggemar selfie pula, kami telah menghasilkan Mi 8 Lite yang direka khusus untuk remaja yang suka bergambar di mana saja”

Seperti yang Steven cakap, Mi 8 Pro dilengkapi ciri hebat seperti fingerprint sensor yang dibina di atas skrin paparan hadapan. Ia lebih pantas dan hanya bertindak terhadap tekanan tertentu saja. Dari segi rekaan, Mi 8 Pro menggunakan kaca hitam transparent di bahagian belakang bagi menonjolkan gaya. Nampak cool!

Mi 8 Pro boleh didapati dalam warna Transparent Titanium dengan sokongan memori 8GB+128GB. Ia kini boleh dibeli pada harga RM2,399 di mana-mana kedai rasmi Mi Store seluruh Malaysia.

Mi 8 Lite pula mengetengahkan fungsi selfie canggih pada kamera hadapan yang dilengkapi sensor Sony IMX576 dengan 24 juta pixel. Ia sangat sesuai untuk remaja macam korang, memandangkan korang suka sangat ambil gambar selfie dengan kawan-kawan!

Ia mampu mengambil gambar secara terperinci dengan teknologi Super Pixel yang menggabungkan 4 pixel menjadi satu pixel besar, membolehkan ia mengambil gambar walaupun kurang pencahayaan.

Mi 8 Lite boleh didapati dalam dua warna; Aurora Blue dan Midnight Black pada harga RM999 untuk model 4GB+64GB di Shopee Mi Official Store dan Lazada Xiaomi Flagship Store. Manakala, model 6GB+128GB pula boleh dibeli secara ekslusif pada harga RM1,299 di Kedai Rasmi Mi Store.

Bersempena pembukaan Mi Store Pavilion KL juga, kedua-dua model smartphone terbaru Xiaomi ini sudah boleh dibeli dan 100 pelanggan pertama akan mendapat hadiah eksklusif iaitu beg sandang ekslusif Xiaomi dan Sport Bluetooth Earphone. Bertuahnya, patutlah Pavilion KL sesak Sabtu lepas!

Hafreez Adam

Tunggu apa lagi, jom kita ke Mi Store Pavilion KL sekarang untuk dapatkan promosi hebat Xiaomi dan dua model terbaru smartphone Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro ini. Layari laman web Xiaomi Malaysia dan follow Facebook Xiaomi Malaysia untuk update terkini okay!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×