Baru-baru ini, pemilik TikTok, ByteDance mengambil keputusan untuk memberhentikan lebih 500 pekerja di negara ini selepas menghantar notis menerusi e-mel kepada kakitangan terlibat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pak Nil Tolong Settle Isu ‘Double Park’, Siap Masuk Kedai Tanya Siapa ‘Owner’ Kereta – ‘Dah Masuk Kereta Tak Minta Maaf Pun’
Stesen radio Kool 101 tawar kerja
Berikutan daripada berita tersebut, stesen radio Kool 101 menerusi sebuah posting di Instagram rasmi mereka telah tampil menghulurkan bantuan.
Prihatin dengan situasi yang berlaku terhadap kakitangan yang terlibat, Pengarah Kandungan Kool 101 iaitu Rara memaklumkan bahawa mereka membuka peluang pekerjaan kepada kakitangan TikTok Malaysia yang telah diberhentikan.
Kami mendengar kesusahan anda apabila anda diberhentikan secara tiba-tiba. Sebagai jenama media kreatif, kami ingin menawarkan pekerjaan kerana kami mahukan anda.
Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah seperti berikut, penyampai radio, penyampai berita, penerbit kandungan media sosial, penerbit kandungan dan pemasaran.
Mereka yang berminat untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan itu boleh memberi resume ke [email protected] atau menghantar pesanan mesej (DM) di laman Instagram mereka.
Terbaik Kool 101!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Kool 101 kerana peka terhadap isu semasa dan prihatin terhadap nasib kakitangan yang telah diberhentikan kerja.
Sumber: Kool 101