Kecoh di media sosial sejak semalam apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa belum mengambil suntikan vaksin.
Tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 Khairy yang disemak melalui laman sesawang menjadi bualan ramai.
Artikel Berkaitan: Viral Screenshot Cuma Ambil Dos Pertama, KJ ‘Tayang’ Sijil Vaksin Dah 3 Kali Cucuk – ‘Jangan Terpengaruh’
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe’ – Rita Rudaini
Antivaksin sebar berita palsu
Menerusi Instagram Stories miliknya, Khairy menyatakan golongan antivaksin telah menyebarkan berita palsu dengan mengatakan dia belum mendapatkan vaksin.
Kata Khairy, dia telah pun mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen.
Yang busuk antivaksin
Hantaran itu telah menarik perhatian aktres Rita Rudaini untuk bersuara. Tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, 46, menekankan bukan antivaksin yang menyebarkan khabar angin itu.
Kata pelakon filem Mami Jarum, dia memberi sokongan sepenuhnya kepada Khairy malah mempromosikan suntikan dos penggalak (booster) kepada umum.
Bukan antivaksin yang sebar la Khairy. Jangan la selalu salahkan kita orang. Yang busuk ja kita. Yang viral kan pun antivaksin juga.
Saya support Khairy la. Saya siap mempromosikan booster lagi tapi saya kena kecam sebab support Khairy.
Sumber: Instagram @ritrud727