berita

‘Bukan Budaya Kita & Adat Islam’ – Teguran Yana Samsudin Isu Cium Mulut Anak

July 9th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kita sering terlihat situasi dimana ibu bapa mencium mulut anak kecil mereka sehingga tindakan demikian menjadi budaya dalam kalangan ibu bapa zaman sekarang. Situasi ini juga terjadi pada pelakon dan pengacara Yana Samsudin bersama anak lelakinya, Mateen. Yana Samsudin bertindak memarahi Mateen gara-gara mahu mencium mulut ibu.

Yana Samsudin menasihati netizen agar amalan cium mulut ini ditinggalkan dan dijadikan sebagai larangan buat anak-anak. Pelakon ini juga berkongsi pengalaman berdepan situasi tersebut.

Video Yana marah anak sebab cium mulut

https://www.facebook.com/yanasamsudin.fanpage/videos/2565243743697193/

Video berdurasi 3:43 minit ini dikongsi di halaman Facebook Yana Samsudin telah mendapat perkongsian sebanyak 382 tanda share dan tontonan melebihi 91ribu. Perkongsian video ini menyaksikan Yana Samsudin memarahi anaknya, Mateen gara-gara tindakan kanak-kanak itu mencium mulut. Malah, pelakon ini juga menegur dan menasihati netizen perbuatan sedemikian adalah tidak digalakkan dalam kalangan masyarakat kita.

Cium pipi dan dahi boleh, mulut jangan

Ada 2 kali pengalaman

Ada part yang Islam benarkan

Baru semalam tegur @aisymateen Dan saya share pengalaman saya di FanPage Facebook saya. Hari ni dia buat lagi masa live di Insta… #NasibBaikMasihKecikLagi Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti . Mulut juga adalah bahagian private part.

Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing) Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan. Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik kecik kita dah biasakan. Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran islam. -HaruslahLove!

Sumber: Yana Samsudin

SKIP THIS AD ×