Baru-baru ni viral video pelakon jelita Ruhainies dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang dilihat bermesraan di suatu tempat. Ramai yang membuat spekulasi mengenai video itu, bahkan Datuk Adnan sendiri menegaskan ianya bukan sesuatu yang perlu diperhangatkan
Terbaru, ada yang mengutuk Datin Red (isteri pertama) yang mengatakan bahawa dia mahu bermadu atas dasar mahu mencari glamor. Yelah, kalau isteri kedua Datuk Red tu pun penyanyi Adira, tambah yang ni pulak pelakon jelita, mestilah glamor semuanya. Ini penegasan dari Datin Red mengenai isu bermadu kerana nak glamor ni.
Kau ingat aku suka?
Menerusi laman Instagram beliau, Datin Red memuat naik gambar anak-anaknya dan menulis bahawa inilah kekuatan yang dia ada dan bukannnya gila glamor. Mana ada isteri yang sanggup bermadu kerana nak mengejar glamor artis dan penyanyi. Datin Red menegaskan dia tak ambil peduli dengan kutukan orang lain yang mengatakan dia gila glamor, asalkan dia bahagia dengan keluarganya sahaja. Dia jugak doakan siapa yang kutuk tu biar suami dia kahwin banyak baru diorang tahu rasa macam mana dimadukan!
Allah saja yang tahu jalan cerita sebenar
Datin Red juga memuatnaik instagramnya dan mengucapkan terima kasih kepada kaki kutuk dan pencemuh di luar sana yang mengutuknya isu suami bermadu dan gila glamor. Dia juga tulis bahawa takkan ada manusia nak bermadu kerana nak kejar glamor.
Kesian juga Datin Red apabila ditohmah sebegitu rupa. Bagi seorang isteri, syurganya adalah pada suami. Kalau suami mampu, dia takkan nak menghalang. Ramai yang kahwin dua, tiga tapi last-last isteri hidup melarat (lagi-lagi yang pertama). Lepas tu anak-anak terabai. Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja.
Sumber: FB Wartawan Jalanan