Foto: Healthline
Kopi merupakan minuman kegemaran ramai kerana ia dapat mengurangkan rasa mengantuk. Tetapi masih ramai juga yang berdebat sama ada kopi itu menyihatkan atau memudaratkan.
Namun tahukah anda kopi sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah, kopi adalah minuman yang selamat untuk diminum setiap hari. Tetapi bagi mengambil langkah yang selamat, minumlah sekadar yang perlu iaitu satu atau dua cawan sehari.
Membantu membakar lemak
Foto: Healthline
Kafein yang terdapat dalam kopi sudah banyak digunakan di dalam kebanyakan produk kurus. Ini kerana kafein adalah salah satu bahan yang dapat membantu pembakaran lemak badan. Menurut kajian, ia dapat meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 3% ke 11%. Namun, kesan ini akan berkurangan bagi orang yang terlalu kerap meminum kopi.
Meningkatkan prestasi fizikal dan sistem saraf
Foto: Healthline
Kafein di dalam kopi juga dapat meransang sistem saraf dalam badan. Ia dapat meningkatkan hormon yang memainkan peranan semasa badan anda bergerak dengan aktif. Kafein akan menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan dan membekalkannya kepada darah sebagai asid lemak. Disebabkan itu, anda dinasihatkan supaya meminum kopi setengah jam sebelum memulakan kerja harian anda.
Meningkatkan tenaga
Foto: Healthline
Kopi dapat mengelakkan anda daripada berasa letih, pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga. Ini kerana bahan yang terdapat dalam kopi iaitu kafein. Kafein akan menyerap masuk ke dalam saluran darah dan dihantar ke otak, kafein akan menghalang adenosina yang dapat membawa kepada peningkatan neuron. Menurut kajian, kopi dapat memberi manfaat kepada daya ingatan, mood dan tahap tenaga anda.
Disebabkan kandungannya yang memberikan tenaga yang banyak, ramai orang mengamalkan minuman kopi setiap pagi bagi memulakan hari mereka dengan tenaga yang banyak.
Dapat mengelakkan kerosakan tisu
Foto: Healthline
Kopi juga mempunyai bahan antioksidan yang banyak. Menurut kajian, bahan ini dapat memberi kesan kepada peneutralan bahan kimia yang boleh merosakkan tisu dalam badan.
Namun, kopi sememangnya suatu minuman yang banyak manfaat, tetapi dinasihatkan supaya jangan tambah terlalu banyak gula dalam kopi anda kerana ia akan mengurangkan kebaikan yang ada dalam kopi.
Sumber: Healthline.