berita

Bukan Hanya Pink, Ini Beberapa Lagi Warna Gelang Untuk Individu Kuarantin Covid-19

September 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Pihak kerajaan mewajibkan kesemua warganegara Malaysia yang pulang ke tanah air untuk memakai gelang tangan berwarna merah jambu sepanjang tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Terkini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan beberapa jenis warna gelang baharu bagi individu yang dikuarantin.

Bukan pink sahaja

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain gelang berwarna merah jambu terdapat juga warna lain yang turut digunakan seperti warna putih, biru, merah, atau kuning yang bakal digunakan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, warna gelang ini memberi maksud yang sama iaitu dipakai oleh individu di bawah pengawasan dan pemerhatian di rumah. Perbezaan warna gelang ini adalah disebabkan stok di kawasan tersebut dan penentuan yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Tidak boleh dipotong sesuka hati

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Individu yang dipakaikan gelang ini tidak boleh keluar sesuka hati ke tempat awam sehingga tempoh kuarantin tamat. Gelang ini hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah setelah tempoh kuarantin tamat dan tidak boleh dipotong secara sendiri.

Orang awam boleh membuat laporan polis dengan segera jika ternampak individu-individu yang memakai gelang tersebut di tempat awam bagi melindungi masyarakat daripada penularan Covid-19.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×