berita

‘Bukan Maksud Membodohkan Diri, Bahkan Merujuk Kepada Merendahkan Diri’ – Ustaz Ahmad Dusuki

June 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui, Prof Muhaya telah tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkannya berhubung isu jodoh lambat disebabkan wanita terlalu berdikari dan mengejar kerjayanya.

Artikel berkaitan: ‘Secara Teknikal, Ini Video Lama’ – Prof Muhaya Mohon Maaf Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’

Artikel berkaitan: ‘Biarlah Macam Bodoh-Bodoh Sikit’ – Kongsi Tips Jodoh Untuk Wanita, Kenyataan Prof Muhaya Terima Kecaman

Di Instagram, pendakwah bebas iaitu Ustaz Ahmad Dusuki dipercayai menelefon Prof Muhaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan. Malah, beliau cuba berlapang dada dan berfikiran secara terbuka semasa mendengar penjelasan tersebut.

Merendahkan diri

Saya mendengar klip ringkas nasihat Bonda Prof Dr Muhaya tentang jodoh ini, lantas secara adabnya dan akhlaknya saya menghubunginya, saya mendengar penjelasan Bonda Prof Dr Muhaya. Jelas dan terang maksud yang disebutkan itu, saya mohon untuk mengulas tentang apa yang di katakan itu, sebagai mana orangnya yang tetap optimis dan berkayakinan berlapang dada untuk mendengar pandangan, akhirnya dengan dengan iringan doa moga istiqamah dalam menyampaikan keindahan agama ini.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, maksud kalimah “bodo bodo skit” yang digunakan oleh Prof Muhaya itu bukan bermaksud membodohkan diri. Bahkan, ianya merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan dengan apa yang dimiliki.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Manakala, perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat.

Di samping itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut berkongsi sepotong hadis mengenai jodoh. Hadis tersebut memberitahu bahawa wanita yang baik hanyalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan situasi tersebut sama seandainya keadaan tersebut disebaliknya. Menjengah di ruangan, segelintir netizen bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

Terdahulu, Prof Muhaya memohon maaf atas salah faham mengenai perkara yang telah berlaku. Sementara itu, Prof Muhaya memaklumkan sekiranya ada individu yang ingin mengetahui keseluruhan mesej yang disampaikan dalam video tersebut, bolehlah menonton di Youtube Prof Muhaya TV bertajuk ‘CINTA & CITA-CITA’.

Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×