berita

‘Bukan Meratapi Perasaan Tapi…’ – Doakan Elfira Bahagia, Sufian Suhaimi Mahu Hijrah Ke Indonesia

September 3rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Semalam laman sosial digemparkan dengan khabar mengatakan Elfira Loy selamat bertunang dengan seorang anak Datuk, Muhamad Faris Khairol Anuar. Elfira dikatakan hanya mengadakan majlis tertutup dan kecil-kecilan untuk menjaga privasi.

Artikel berkaitan: ‘Semoga Bahagia Sampai Syurga’

Turut terpalit dengan berita itu tentunya bekas tunang Elfira, Sufian Suhaimi yang akan membuat perubahan besar dalam hidupnya tidak lama lagi.

Masih berkawan tapi sudah move on

Bercakap kepada Astro Gempak, Sufian berkata apa jua yang dilakukan bekas tunangnya itu bukanlah menjadi hal yang perlu dia ambil tahu. Namun, itu tidak bermakna dia bermusuhan dengan pelakon Qalesya berkenaan.

Saya anggap kami masih berkawan, cuma tidak ada sebab untuk kami saling berhubung. Bukan maksud kami bermusuhan, tetapi masing-masing sudah ‘move on’ antara satu sama lain.

Bagi saya apa saja yang dilakukan oleh dia, sudah tidak ada kepentingan bagi saya untuk mengambil tahu. Cukuplah jika kami mendoakan kebahagiaan masing-masing. Saya mendoakan kebahagiaannya.

Bukan meratap

Sufian turut meluahkan dia akan berhijrah ke negara seberang, Indonesia bagi meluaskan pengaruh ke sana. Tambahnya lagi, kemampuan menembusi pasaran negara jiran itu sudah menjadi idaman anak seni tempatan. Pun begitu, keputusan berkenaan diharapkan tidak dilabel sebagai untuk bersedih tentang apa yang berlaku kepadanya.

Semua penyanyi mesti ada mempunyai harapan untuk mengintai pasaran negara seberang. Sebelum semua perkara ini terjadi pun, saya sudah lama menanam impian itu.

Melihatkan apa berlaku sekarang, saya rasa melebarkan sayap ke Indonesia adalah perkara yang tepat untuk dilakukan buat masa ini, bagi mengembangkan lagi bakat saya.

Keputusan ini bukan saja untuk ‘meratapi perasaan’ tetapi dijadikan sebagai satu platform untuk menjadi manusia lebih berjaya.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×