berita

Bukan Mudah Ya Nak Bahagi Masa Antara Kerja & Anak-Anak, Baca Perkongsian 6 Ibu Bapa Ini

December 19th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah buat sesetengah daripada kita. Lagi-lagi bila korang bekerja, terpaksa bahagi masa antara kerja dan anak-anak. Secara jujurnya, admin sendiri rasa nak berhenti kerja dan fokus pada anak. Namun, apakan daya bila memikirkan itu hanya satu-satunya mata pencarian.

Sebenarnya, bukan admin saja yang fikir macam ni. Raaamai lagi ibu bapa di luar sana yang fikir benda yang sama. Susah sebenarnya nak bahagi masa antara kerja dan anak ni. Jom kita baca beberapa perkongsian daripada mereka…

1. Pastikan ada masa bersama anak walau 30 minit.

Anne (kiri)

Sebagai ibu yang bekerja dan sedang belajar jarak jauh, Anne mengakui dia sentiasa sibuk dan runsing memikirkan masa untuk bersama anak, study dan menyiapkan assignment. Justeru, dia akan pastikan supaya ada masa bersama anak selepas pulang kerja.

Anne (kanan) bersama suami dan anaknya

Saya akan layan anak main basikal atau teman pergi taman, berkebun seperti siram pokok bunga dalam 30 minit sebelum Maghrib. Lepas dinner, saya akan main puzzledengan anak sambil bertanya apa jadi di sekolah. Dari situ mereka tau bahawa ibu bapa adalah pendengar setia.

2. Utamakan keluarga, baru benda lain.

Farhana bersama anak sulungnya

Jadual harian Farhana jika belum ditambah menguruskan dan meluangkan masa bersama anak memang padat. Sebagai seorang peniaga online, dia kerap keluar ke pejabat pos untuk menghantar bungkusan pelanggan. Jadi, tumpuan pada anak tu tak 100%.

Setiap malam sebelum tidur saya akan bacakan buku cerita. Bila pagi, saya luangkan sikit masa untuk buat latihan atau mewarna. Mula-mula dulu hampir stress sebab tak susun jadual betul-betul. Tapi, sekarang Alhamdulillah anak dah masuk dua semuanya teratur.

Pesannya lagi, sebagai ibu bapa kita kena pentingkan keluarga sebelum benda lain. Buat sesuatu yang mendatangkan berkat dulu seperti tanggungjawab wajib terhadap keluarga, baru utamakan kerja dan sebagainya. Itu adalah salah satu cara untuk menjemput rezeki.

3. Ambil keputusan berhenti kerja & fokus pada anak.

Zura (dua dari kanan) bersama suami dan keluarganya

Lain pula bagi Zura yang mempunyai waktu bekerja berbeza daripada orang lain suatu ketika dulu. Terpaksa berjaga di pejabat dan berjumpa pelanggan sehingga jam 12 malam, dia mengakui terkilan melihat anak-anaknya sudah masuk tidur setibanya di rumah.

Masa anak sulung saya umur 6 tahun, dia ada buat kad berbentuk love bertulis “Terima kasih tok mie jaga along dengan adik-adik”. Kemudian saya kata saya juga nak kad macam tu. Anak saya balas “Selama ni mama jaga saya ke”. Masa tu saya rasa macam kena hempap batu. Sejak tu saya berfikir untuk berhenti kerja dan fokus pada anak-anak.

4. Manfaatkan waktu cuti sebaik mungkin.

Azizar dan keluarga kecilnya

Sebagai pekerja retail dan ada shift, Azizar sukar membahagikan masa antara kerja dan anak. Paling sedih, tiap kali balik kerja anak sudah masuk tidur. Jadi, dia betul-betul manfaatkan waktu cuti untuk bersama anak dengan pergi bercuti atau jalan-jalan sekitar ibu kota.

Bila dengan anak, handphone memang saya letak tepi. Even dalam mall pun saya tak tolak anak dalam stroller tapi saya lebih suka dukung. Mereka cepat membesar jadi takut pula rindu saat kita dukung mereka.

Tambah Azizar, dia dan keluarga suka menyertai acara larian 3km atau 5km bagi mengeratkan hubungan keluarga. Selain itu, hubungan antara dia, anak dan Tuhan juga perlu dieeratkan. Justeru, membawa anak ke masjid ketika hari cuti sudah menjadi kebiasaan baginya.

5. Ajak anak ke pasaraya beli barang dapur.

Izatulkhursiah (kiri) bersama anak perempuannya

Izatulkhursiah yang bekerja 9 pagi hingga 5 petang turut merasakan kepayahan untuk meluangkan masa bersama anak. Namun, dia memilih untuk ke pasaraya membeli barang dapur di hujung minggu supaya mereka boleh belajar berdikari dewasa kelak.

Saya cuma ada masa hujung minggu je dengan anak-anak. Kalau tak sempat berjalan, tengok movie kat rumah pun dah cukup. Tapi, kalau ada masa yang panjang, saya akan ajak anak ke pasaraya beli barang dapur. Kat sana saya ajar jenis sayur, kenal harga sambil belajar Matematik.

6. Dengar cerita anak waktu makan.

Isma (kiri) bersama suami dan anak-anak

Bagi Isma Razali yang turut bekerja pagi hingga ke petang, beliau mengakui berjumpa client ke sana sini membuatkan masa bersama anak makin kurang. Masa yang ada hanyalah pagi sebelum menghantar anak ke sekolah dan malam selepas dia dan suami pulang dari kerja.

Lepas kita sibuk dengan kerja, masa makan malam memang saya akan join makan sekali supaya dapat borak-borak dengan anak. Biasanya, saya akan tanya pasal sekolah, apa jadi hari ni, banyak tak kerja sekolah, belajar apa hari ni dan sebagainya. Dari situ kita dapat berkomunikasi dengan mereka.

Dengan bantuan MAGGI® PAZZTA™, lepas ni korang ada lebih banyak masa bersama anak!

Sibuk bekerja ditambah pula dengan sesi penyediaan makanan yang biasanya mengambil masa yang cukup lama di dapur membuatkan kurangnya masa korang bersama anak. Sampaikan ada yang terpaksa tinggal anak yang tengah menonton TV atau bermain di luar. Kini, masa yang panjang itu boleh disingkatkan dengan bantuan MAGGI® PAZZTA™!

Untuk pengetahuan korang, MAGGI® PAZZTA™ adalah pasta segera yang hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk disediakan. Jadi, korang boleh luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan anak-anak!

Diperbuat 100% daripada gandum semolina yang merupakan sumber serat pemakanan yang baik, MAGGI® PAZZTA™ turut mengandungi bahan sebenar seperti cendawan dan keju. Sedapnya!

MAGGI® PAZZTA™ boleh didapati dalam dua variasi iaitu MAGGI® PAZZTA™ Cheese Macaroni dan MAGGI® PAZZTA™ Mushroom Penne. Bukan saja disahkan halal oleh JAKIM, korang juga boleh pelbagaikan resipi dengan MAGGI® PAZZTA™ ni tau!

Jom dapatkan MAGGI® PAZZTA™ di kedai berhampiran korang atau melalui Shopee dan Lazada sekarang. Selamat menjamu selera!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×