berita

Bukan Sahaja Sedap, Buah Strawberi Rupanya Ada 5 Manfaat Penting Untuk Tubuh!

November 18th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Foto: Healthline

Strawberi merupakan salah satu buah yang memiliki warna yang menarik dan kandungan vitaminnya yang tinggi. Tetapi jika anda mempunyai alahan kepada buah ini, sebaiknya elak daripada makan buah strawberi.

Khasiat strawberi merangkumi pelbagai aspek kepada kesihatan manusia. Bermula dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Strawberi merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan vitamin C, folat dan kalium. Tidak dinafikan, buah strawberi merupakan buah kegemaran bagi segelintir kanak-kanak yang sedang membesar. Khasiat yang ada pada strawberi dikatakan mampu memberi manfaat yang banyak kepada kanak-kanak.

Mengelak masalah sembelit

Foto: Healthline

Sembelit merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak. Dengan pengambilan buah strawberi, dapat membantu menghidratkan tubuh badan kanak-kanak. Selain itu, ia dapat membantu proses penghadaman agar sentiasa baik dan mengelakkan kesukaran membuang air besar.

Sekiranya anak-anak anda tidak gemar untuk mengunyah buah strawberi, anda boleh menjadikannya sebagai jus atau potong kecil-kecil buah strawberi itu.

Menguatkan sistem imun dan saraf

Foto: Health Magazine

Strawberi kaya dengan vitamin C, antioksidan dan banyak lagi kandungan yang berperanan untuk menjaga sistem imun agar sentiasa kekal sihat. Sistem imun yang lebih kuat dapat meningkatkan ketahanan kanak-kanak terhadap beberapa punca penyakit.

Ia juga dapat meningkatkan sistem saraf kanak-kanak kerana kandungan fitokimia yang terdapat dalam buah strawberi yang menawarkan beberapa manfaat kepada saraf dan fungsi otak.

Bagus untuk kulit

Foto: Food NDTV

Khasiat strawberi yang kaya dengan vitamin amat baik untuk kesihatan kulit. Ia mampu mencerahkan dan memastikan kelembapan kulit yang baik. Kandungan-kandungan yang ada pada buah ini juga baik untuk kulit orang dewasa kerana kandungannya yang boleh mencegah jerawat dan menyingkirkan sel kulit mati. 

Menurut kajian, strawberi juga boleh melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet A yang menyebabkan penyakit kulit.

Mencegah kanser

Foto: BBC

Buah strawberi juga mempunyai antioksidan yang boleh mencegah kanser dengan melawan radikal bebas. Ia telah menunjukkan dalam kajian untuk menghalang pembentukan tumor dalam haiwan, kanser mulut dan sel kanser hati manusia. Banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh dari buah ini disebabkan kandungannya yang kaya dengan vitamin dan pelbagai lagi khasiat. Ini sudah pasti kerana buah-buahan sering dikatakan sebagai penyembuh penyakit.

Memperbaiki mood

Foto: Indian Express

Anak-anak yang semakin membesar pasti akan mengalami gangguan hormon. Mood mereka pasti akan berubah tidak kira waktu, tetapi tidak perlu risau kerana ia merupakan perkara yang normal.

Buah strawberi merupakan jalan penyelesaian yang mudah dengan mengamalkan pengambilan buah strawberi. Hal ini boleh merangsang mood anak anda untuk menjadi lebih baik kerana kandungannya yang banyak manfaat.

Strawberi merupakan buah yang banyak khasiat dan rendah kalori. Ia boleh ditambah dalam diet harian anda bersama keluarga untuk mengekalkan kesihatan anda dan keluarga tersayang.

Sumber: helloDOKTOR.

SKIP THIS AD ×