Semalam, pelakon, Intan Najuwa mengesahkan bahawa dia bukan lagi tunang kepada ahli perniagaan yang dikenali sebagai Razrul Anwad Rusli. Susulan daripada pengesahan tersebut, rata-rata netizen mendakwa pelakon, Zul Ariffin merupakan orang ketiga dan punca hubungan pasangan tersebut berakhir.
Artikel berkaitan:‘Kami Berdua Dah Lama Buat Hal Masing-Masing’ – Intan Najuwa Bukan Lagi Tunangan Orang?
Menerusi laporan Harian Metro, Zul Ariffin menafikan dakwaan netizen. Bahkan, dia tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut sehingga disoal pihak media.
Saya tak tahu
Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu membabitkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia sah putus. Saya tak tahu pun (Intan putus tunang). Saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang sudah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda. Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan. Jadi suka hati la.
Menurut Zul, isu dirinya dengan Intan mula tercetus apabila mereka bergandingan dalam sebuah drama. Tambahnya, dia tidak tahu mengenai Intan sudah putus tunang. Ujarnya lagi, dia sudah lali apabila dikaitkan dengan isu sebegini sepanjang berada di dalam industri lakonan.
Buat hal masing-masing
Terdahulu, Intan menjawab soalan netizen dalam ‘Ask Me Question’ mengenai hubungannya dengan Razrul. Menurut Intan, mereka berdua sudah bahagia dalam menjalani kehidupan masing-masing. Dia turut mengharapkan netizen tidak lagi bertanyakan soalan berkaitan hubungannya dengan bekas tunang selepas ini.
Sumber: Harian Metro