berita

‘Bukan Saya Takut Populariti Jatuh Selepas Berumah Tangga Tapi…’ – Zizan Razak

February 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jika sebelum ini hubungan dia bersama Emma Maembong putus di tengah jalan, dia kini digosipkan bersama Mira Filzah. Walaubagaimanapun kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa apabila ditanya pihak media.

Menerusi Berita Harian, pelawak Zizan Razak menyatakan walaupun sebelum ini hubungan cintanya pernah kecundang, dia tidak menolak ketentuan takdir jika dia menjalin kembali hubungan cinta dengan rakan artis.

Saya berkawan dengan ramai orang

Zizan mengatakan bahawa dia berkawan dengan ramai orang dan tidak kisah dengan status seseorang itu. Dia menerima dijodohkan dengan sesiapa pun kerana itu ketentuan tuhan.

Saya berkawan dengan ramai orang, sama ada artis atau insan biasa. Tetapi, yang istimewa itu belum ada. Saya tidak ambil masa yang terlalu lama untuk mengenali seseorang, cuma sekarang belum bertemu wanita yang serasi.

Sama ada wanita itu artis atau tidak, itu bukan persoalan kerana jodoh dan pertemuan sudah tertulis.

Jika memang sudah ditakdirkan bersama, tidak kira sesukar mana halangan, insan itu pasti akan menjadi jodoh saya.

Nak kahwin tahun ni ke tahun depan?

Zizan menafikan dakwaan yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Tetapi jika jodohnya sampai awal, kenapa dia perlu menolak.

Saya tidak menyebut mahu berkahwin tahun ini, sebaliknya cuma bertanya, adakah saya akan berkahwin pada tahun ini? Bukan saya takut populariti jatuh selepas berumah tangga, tetapi belum ada jodoh.

Kalau Allah sudah menjanjikan perkahwinan akan menambah rezeki, kenapa perlu saya menolak untuk mendirikan rumah tangga awal?

Tidak meletakkan sebarang syarat

Menurut Zizan, dia tidak meletak apa-apa syarat untuk menjadi suri hatinya walaupun sebelum ini dia bersama dengan perempuan yang bertudung.

Apa yang penting hatinya. Saya tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh sesama artis. Emak ada juga bertanya bila mahu menamatkan zaman bujang, tetapi dia memahami.

Pernah juga saya bertanya emak, apakah dia bersetuju dengan pilihan saya? Apapun, saya kena minta restu emak dulu.

Sumber: Berita Harian, Zizan Razak

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×