berita

Bukan Sebab Orang Ketiga – Hanez Suraya

July 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tonton-39

Pastinya umum sedia maklum dengan berita cinta tak kesampaian antara Awi Rafael dan Hanez Suraya beberapa minggu lepas kan?

Pada mulanya kisah putus cinta mereka ini mula tersebar apabila Awi berkongsi perasaannya di laman Twitter sambil menyatakan mahu membuat lagu untuk meluahkan rasa kecewanya terhadap perpisahan itu.

Terbaru, Hanez Suraya sendiri membuka mulut mengakui masing sayangkan Awi namun redha dengan apa yang telah terjadi.

Hanez memang masih sayangkan Awi. Mungkin sebab kami terlalu rapat. Mula-mula tu memang tak boleh terima tapi disebabkan hubungan kami dah lama dingin, jadi Hanez lebih tenang dan dah boleh terima semua ni.

Selain dari itu, Hanez yang ditemui ketika majlis sidang media ‘Autumn Dihatiku’ semalam turut mengakui hubungannya bersama keluarga Awi masih baik dan tidak menolak jika kembali bertemu jodoh dengan penyanyi itu namun bukan dalam masa terdekat.

Menurut Hanez, perpisahan mereka bukanlah disebabkan orang ketiga seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya kerana kesibukan masing-masing membuatkan terjadinya kurang persefahaman.

Baru-baru ini nama Hanez dikaitkan dengan pelakon baru yang berasal dari Korea, Kim Jin Sung gara-gara aktor itu mengaku menyukai Hanez di dalam sebuah temu bual.

Tonton-21

Menyentuh soal keperibadian Kim Jin Sung atau lebih dikenali sebagai JS pula, Hanez mengakui selesa berkawan dengan aktor itu kerana sikapnya yang sopan-santun dan menghormati orang.

Masa pertama kali jumpa JS, Hanez ingatkan dia orang Cina. Berfikir juga macam mana nak berkomunikasi dengan dia. Tapi alih-alih dia cakap bahasa Melayu. Dan sejak shooting, kami semua para pelakon memang rapat dengan dia. Dia cepat hafal skrip. Dia juga banyak bertanya kalau ada perkara yang dia tak faham.

Kalau anda teringin nak tengok JS berlakon dan bertutur dalam Bahasa Melayu, jangan lupa saksikan Autumn Dihatiku bermula 3 Julai 2013 di web Tonton.

Sementara itu jom tengok beberapa keping foto Hanez dan JS yang sempat dirakam oleh lensa OHBULAN! semalam.

SKIP THIS AD ×