Tak lama lagi, Hari Ibu & Bapa bakal tiba iaitu pada 1 Jun. Korang semua nampak tak, sebenarnya banyak sambutan diadakan untuk ibu bapa kita supaya sentiasa mengingati mereka. Tak kiralah jasa, pengorbanan dan apa saja yang mereka lakukan untuk kita, ia bermakna dan memberi impak besar dalam hidup!
Setiap pengorbanan ibu dan bapa ada yang kita nampak dan ada yang kita tak nampak. Mungkin kita tak sedar, sebab mereka tak pernah berkira langsung bila sentuh bab anak… Nak tau apa antara pengorbanan mak dan ayah yang selalu kita tak sedar? Baca sampai habis…
1. Sediakan duit kecemasan untuk korang walaupun dah kerja
Malang tidak berbau, dan siapa tahu mak ayah korang sebenarnya ada duit simpanan kecemasan untuk anak-anak jika perlu. Walaupun korang dah kerja, mak ayah tak pernah berhenti fikir pasal korang. Mereka sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan dan cuba ada di sisi korang bila diperlukan…
Ada jugak jenis mak ayah yang masih menghulur duit poket pada anak yang sudah bekerja. Jangan menolak, sebab itu pemberian mereka. Tapi, korang kenalah menyimpan juga tau! Jangan mengharap diorang je!
2. Jadi pendengar setia bila korang ada masalah
Macam kitorang cakap tadi, malang tak berbau dan mood seseorang tu bila-bila je boleh berubah akibat pelbagai faktor. Antaranya tekanan kerja, masalah kewangan, hubungan dan macam-macam lagi. Jadi, pada siapa korang nak mengadu? Mestilah dekat mak dan ayah kan? Diorang adalah pendengar setia setiap masalah korang…
Walaupun diorang sibuk dengan urusan harian, diorang tetap ada masa nak dengar setiap rintihan korang. Kalau tak mengadu kat mak ayah, sampai bila korang nak simpan masalah? Makin teruk tekanan korang nanti… Jadi, hargailah mak ayah korang okay!
3. Jamu kawan-kawan korang yang nak datang lepak kat rumah
Bila dah kerja, confirm sibuk dan takde masa nak jumpa kawan-kawan. Jadi, lagi senang kalau kawan-kawan datang lepak rumah korang. Tapi, jadi satu kerja pulak mak korang nak masakkan untuk kawan-kawan korang tu. Yang si ayah pulak, kena pergi pasar sebab nak beli barang masak. Kalau awal bulan takpe jugak…
Tapi, demi anak, diorang gagahkanlah… Nanti takde apa nak jamah, takkan datang rumah duduk saja kan?
4. Jahitkan pakaian korang yang koyak. Nak hantar tukang jahit mahal!
Memandangkan family korang ada mesin jahit dan mak dengan ayah korang tau asas menjahit, tiap bulan kalau ada seluar atau baju koyak mesti mintak tolong diorang jahitkan kan? Kadang tu, koyak bukanlah teruk cuma tetas atau potong bahagian yang terlebih. Kalau hantar tukang jahit, dahlah mahal dan kena tunggu 2-3 hari pulak tu!
5. Berjaga malam tunggu korang balik rumah
Kalau korang pergi melepak dengan kawan sampai lewat malam, korang bagi tahu mak ayah tak? Tapi, percayalah, walau dah bagi tahu pun, diorang mesti akan tunggu sampai korang balik. Kalau tak, tak boleh tidur beb! Sebab apa, diorang risaukan keselamatan korang kat luar. Zaman sekarang, macam-macam boleh jadi!
Kalau korang sayangkan mak ayah korang, apa kata dapatkan hadiah untuk dia…
Sempena Hari Ibu & Bapa ni, apa kata dapatkan hadiah atau ganjaran untuk mak ayah korang tu atas pengorbanan dia selama ini dan tukarkan ia kepada pelan ansuran bulanan selama 18 bulan pada kadar faedah 0% dengan Kad Kredit Hong Leong Mastercard. Mesti diorang happy!
Dengan Kad Kredit Hong Leong Mastercard, korang boleh beli apa-apa barangan dengan jumlah minimum RM500 tak kisah sama ada pembelian tempatan atau antarabangsa, dalam kedai atau atas talian. Boleh beli sesuatu yang istimewa untuk diorang sempena Hari Ibu & Bapa nanti. Wow, bestnya!
Cepat! Dapatkan hadiah untuk mak dan ayah korang dengan Kad Kredit Hong Leong Mastercard sebelum kempen #HeloHappy tamat pada 30 Jun 2018!
Oh ya, korang juga boleh tukar pelan ansuran bulanan selama 18 bulan pada kadar faedah 0% dengan dengan kaedah SMS tau! Caranya:
SMS IPP <jarak> nombor IC baru 12 digit <jarak> 6 digit terakhir no kad <jarak> amaun seperti dalam resit ke 66600
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari www.hlb.com.my/helohappy atau call Pusat Talian Hong Leong di 03-76268899. Jom dapatkan Kad Kredit Hong Leong Mastercard segera sebelum hadiah yang korang nak beli tu habis! Selamat Hari Ibu & Bapa!
Tertakluk kepada terma dan syarat