berita

Bukan Selamanya Neelofa Nak ‘Sorok’ Wajah Bilal – ‘Tak Halang Kalau Terserempak Di Luar’

September 28th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak lelaki kepada selebriti dan usahawan tersohor Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal. Sehingga kini, Neelofa tidak pernah berkongsi foto penuh wajah anaknya kepada peminat.

Namun, selebriti yang berasal daripada Kelantan itu akur bahawa dia tidak boleh selamanya menyembunyikan wajah Bilal daripada tatapan umum.

Artikel Berkaitan: Neelofa ‘Tunjuk’ Bilal, Peminat Jiwa Kacau – ‘Nak Reveal Bagitahu Awal Boleh Mohon Cuti’

Artikel Berkaitan: Neelofa ‘Belanja’ Lagi Wajah Sipi Bilal, Netizen Kecewa – ‘Bayangkan Dah Sampai Ajal Tak Dapat Tengok?’

Bilal berusia lapan bulan

Walaupun tidak berkongsikan wajah penuh, namun Neelofa kerap berkongsikan perkembangan anaknya serta lebih selesa untuk menunggu masa yang tepat dan bukan dalam keadaan dipaksa.

Bilal sudah boleh merangkak dan tidak lama lagi akan berjalan. Pada waktu itu, saya dan Haris pasti akan membawanya bersiar-siar di taman atau bercuti.

Tiada sebab untuk saya sekat orang daripada melihat wajah Bilal apabila terserempak. Cuma, saya harap keadaan itu berlaku secara semulajadi.

Neelofa memberitahu dia dan suami ingin memastikan Bilal berada dalam keadaan yang selesa serta meminta orang ramai untuk menghormati ‘privasi’ mereka.

Ujar Neelofa lagi, dia sudah biasa dengan gurauan netizen setiap kali ingin berkongsikan perkembangan Bilal dengan menutup wajahnya dan berharap doa daripada orang ramai untuk kesejahteraan anak sulungnya.

Nak buat macam mana, orang Malaysia memang kreatif. Tetapi, di sebalik jenaka itu, saya percaya mesti terselit doa buat Bilal.

Sumber: Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×