berita

Neelofa ‘Tunjuk’ Bilal, Peminat Jiwa Kacau – ‘Nak Reveal Bagitahu Awal Boleh Mohon Cuti’

September 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Meskipun tidak mendedahkan lagi wajah anak lelaki, pengacara dan usahawan Neelofa tidak lokek berkongsi perkembangan Muhammad Bilal di Instagram (IG) miliknya.

Artikel Berkaitan: Neelofa ‘Belanja’ Lagi Wajah Sipi Bilal, Netizen Kecewa – ‘Bayangkan Dah Sampai Ajal Tak Dapat Tengok?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Tudung Sarung Jadi Bualan Peminat – ‘Comel Macam Budak Sekolah Menengah’

Muka penuh Bilal …

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Terbaharu, Neelofa memuat naik sebuah video yang memaparkan wajah penuh Bilal dengan tubuh badan yang ‘semangat.’

Biarpun tidak lagi belanja sipi-sipi, Bilal dipakaikan pelitup muka dan diletakkan emoji spek mata hitam serta emoji donut.

Usahawan berumur 33 tahun itu turut menulis kapsyen lucu; ‘Akan menanggalkan topeng saya untuk donat.’

Sabar separuh dari iman

Biarpun hantaran itu baru sahaja dikongsikan kepada umum namun sudah 800 komen ditinggalkan oleh rakan artis dan peminat tegar.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang teruja dengan perkongsian itu.

Alolo.. betul Lofa cakap gebu-gebu macam Afwa ya.

Ada pengikut yang bergurau kepada bekas hos MeleTOP untuk memberi peringatan awal agar mereka sempat memohon cuti.

Selain itu, ada yang meminta pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor untuk segera menayang muka Bilal supaya tidak lagi ‘jiwa kacau.’

Sebelum ini, Neelofa menjelaskan dia masih belum mahu mendedahkan wajah Bilal kerana mendakwa belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Sumber: Instagram @neelofa

SKIP THIS AD ×