Sebelum ini, penyanyi dan komposer Aina Abdul gagal menahan air mata apabila mengenang kembali kisah hidupnya menyanyi di kelab malam selama empat tahun. Menurut Aina, dia nekad untuk meninggalkan tempat tersebut selepas terkesan dengan kata-kata seorang individu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul Menangis Imbau Kenangan 4 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam – ‘Saya Hijabis Nyanyi Di Tempat Yang Sajikan Alkohol’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mak Tak Suka Saya Jadi Penyanyi, Tapi Lepas Ayah Meninggal Dia Berubah 360 Darjah’ – Aina Abdul
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Menang Besar! ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Diumumkan Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja
Bukan senang menyanyi di kelab malam
Terbaru, penyanyi Eranzz Lambert tampil meluahkan perasaannya sebagai seorang penyanyi kelab malam. Ujar Eranzz, dia sangat mengerti perasaan pelantun suara ‘Jangan Mati Rasa Itu’.
Hmm, saya dari dulu smpai sekarang masih lagi bernyanyi di kelab malam. Cubaan nak masuk ke dalam industri masih belum berjaya kerana takut dengan keadaan market industri sekarang.
Bukan senang menyanyi di kelab malam. Setiap malam hampir 20 lagu dinyanyikan dengan nak hiburkan orang lagi. Dia punya letih tu Tuhan je yang tahu. Bayaran pun tak seberapa berbanding mereka yang dah masuk dalam industri seni. So i feel u @ainaabdul.
Ketika ditemu bual bersama OhBulan! Eranzz berkata dia sangat gembira melihat penyanyi kelab malam yang sudah berjaya menembusi industri seni.
Dah tak perlu bersusah lagi menyanyi setiap malam. Ibarat boleh dikatakan adakan konsert setiap hari. Penat. Tapi, Alhamdulillah.
Di akhir perkongsian, Eranzz berkata, pengalaman menyanyi di kelab malam mampu membuatkan seseorang itu bertambah profesional dan kuat.
Contoh penyanyi Malaysia yang dari penyanyi kelab adalah Anita Sarawak, @jaclyn_victor , @zainalhijau dan ramai lagi.
Sekadar info, Eranzz pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian TV3 iaitu Famili Duo dan Vokal Mania. Bukan itu sahaja, dia pernah mengharumkan nama Malaysia di Indonesia kerana memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Golden Memories Asia.