berita

‘Bukan Seperti Yang Dikhabarkan Di Berita’ – Lelaki Ini Tepis Dakwaan China Bebas Covid-19

March 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Wabak Covid-19 yang sebelum ini dikenali sebagai Coronavirus bermula dari negara China. China merupakan negara yang pertama di dunia melaporkan berkenaan wabak ini sebelum ianya merebak hampir ke seluruh pelusuk dunia. Sebelum ini terdapat berita yang mendakwa bahawa negara China telah berjaya mencatat sifar kes terbaru Covid-19. Dikatakan mereka telah berjaya membendung wabak ini dari merebak.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook Siti Zarina, berkata bahawa maklumat berkenaan adalah palsu. Hal ini kerana dia mempunyai sepupu yang menetap di China dan sepupunya memberitahu bahawa masih ada pesakit di sana. Warganegara China masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di Malaysia.

Tiada kes baru dicatatkan di China

Sebelum ini, laporan South China Morning Post, telah menyatakan bahawa tiada kes baru dicatatkan di seluruh China. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, sebanyak 70420 ddaripada 80928 individu yang dilaporkan positif Covid-19 telah pulih sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, ramai mempersoalkan ketepatan data yang dikeluarkan China yang menyebabkan kekeliruan kerana kerap menukar kriteria diagnosis. Selain itu, pengamal perubatan di China dna luar negara turut mempersoalkan sama ada Beijing menyembunyikan graf epidemik.

Ada kes baru tapi kes import

Laporan The Star turut menyatakan bahawa China tidak mempunyai jangkitan Covid-19 bagi kes tempatan dan turut mengalami pengurangan kecil dalam kes baru yang melibatkan pelancong dari luar negara. Hal ini kerana China telah menyekat masuk kemasukan warga asing.

Sekatan ini dilakukan kerana Beijing bimbang dengan risiko yang timbul dari kes-kes yang diimport oleh virus berkenaan. Beijing turut mengarahkan syarikat penerbangan untuk mengurangkan penerbangan antarabangsa secara mendadak.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan nasional China, terdapat 54 kes baru yang dilaporkan namun semuanya berkait dengan kes yang diimport. Terdapat 55 kes baru sehari sebelumnya, salah satunya telah disiarkan secara tempatan.

China bukan seperti dikhabarkan

Walaupun dikhabarkan kes Covid-19 di China semakin pulih, semua rakyatnya masih dalam perintah PKP. Ramai lagi pesakit yang belum pulih di hospital. Wabak tersebut turut menular ke beberapa daerah yang lain. Rakyat China tidak dibenarkan bercakap sesama mereka, hanya boleh ke kedai beli barang keperluan dan terus pulang. Mereka wajib mandi setelah keluar dari rumah bagi menangani wabak ini. Masih belum penawar untuk Covid-19, justeru itu ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak keluar dari rumah. Wabak ini mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

Sumber: The StarSouth China Morning Post Siti Zarina

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×