Personaliti media sosial Ryzal Ibrahim sebelum ini ada meluahkan rasa terkilan dengan tuduhan netizen yang mendakwa wajah anaknya, Rina langsung tidak sama dengannya.
Malah, individu itu juga turut memintanya untuk membuat ujian DNA kerana ragu dengan kesahihan bayi berusia tiga bulan itu.
Artikel Berkaitan: Cara Berpantang Jadi Isu ‘Makcik Bawang’, Ryzal Mohon Hormati Maryam – ‘Dia Tukar Agama Bukan Budaya’
Artikel Berkaitan: Makcik Bawang ‘Serang’ Maryam Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Ernie Zakri Datang ‘Back Up’ – ‘Dia Kan Korea Mana Boleh Dipaksa Adat Kita’
Artikel Berkaitan: Disuruh Buat DNA Sebab Muka Anak Tak Seiras, Ryzal Ibrahim Nak Saman Netizen? – ‘Jaga Mulut Kalau Tak Nak Masuk Dalam’
Teruskan tindakan undang-undang
Terbaru, Ryzal menegaskan dia tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Menerusi Instagram Stories, Ryzal memberitahu dia akan berbincang dengan peguam sejurus selepas kembali ke Kuala Lumpur kerana ketika ini dia berada di kampung halamannya, Kelantan.
Berkenaan komen DNA fitnah itu saya akan jumpa peguam di Kuala Lumpur selepas urusan saya di Kelantan selesai. Sejauh mana dia berada, kita akan kesan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan seret ke mahkamah.
Ini bukan soal hati tisu, ini soal maruah yang mendatangkan aib sekeluarga. Saya tidak ambil tindakan komen sebelum ini, saya maafkan namun kali ini dia cabar undang-undang.
Punya maruah diri
Dalam pada itu, suami kepada Maryam menyatakan pengajaran ini harus diberikan supaya tidak sewenang-wenangnya tokoh masyarakat (public figure) diperlekehkan sesuka hati.
Public figure bukanlah platform untuk netizen melepaskan pelbagai tohmahan. Mereka punya maruah dan harga diri.
Ketika saya buat silap, saya minta maaf. Saya bagi kerjasama polis dan bayar ganti rugi. Jadi apa salahnya kita berikan sedikit pengajaran sepertimana saya lalui.
Terdahulu, Ryzal berkahwin dengan wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam pada 15 Ogos 2019. Pasangan ini juga baru menimang cahaya mata sulung diberi nama Rina pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Instagram @ryzalibrhm