Foto: Instagram Ryzal Ibrahim
Pasangan personaliti media sosial terkenal iaitu Maryam dan Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Duriankimchi sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Malah Maryam juga pernah dikecam gara-gara tidak berpantang mengikut cara tradisional Melayu.
Artikel Berkaitan: Cara Berpantang Jadi Isu ‘Makcik Bawang’, Ryzal Mohon Hormati Maryam – ‘Dia Tukar Agama Bukan Budaya’
Artikel Berkaitan: Makcik Bawang ‘Serang’ Maryam Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Ernie Zakri Datang ‘Back Up’ – ‘Dia Kan Korea Mana Boleh Dipaksa Adat Kita’
Terbaru, perkongsian Ryzal di Instagram menjadi perhatian ramai apabila seorang netizen memintanya untuk membuat ujian DNA terhadap anak perempuannya, Rina.
‘Kita hantar surat cinta peguam’
Foto: Instagram Ryzal Ibrahim
Menerusi posting di InstaStory, Ryzal meluahkan rasa terkilan dengan tuduhan netizen yang mendakwa wajah anaknya yang berusia tiga bulan itu langsung tidak sama dengannya. Menjawab tuduhan netizen, Ryzal mengatakan bahawa Rina merupakan anak kandungnya dan menegaskan bahawa tidak ada sebab untuk dirinya melakukan ujian DNA.
Tidak hanya berdiam diri, suami Maryam ini juga memaklumkan dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.
Nak kira macam mana ya? Kalau lapor SKMM tak berkesan, kita hantar surat cinta peguam.
‘Anak saya buat apa nak DNA’
Foto: Instagram Ryzal Ibrahim
Menerusi perkongsian lain, Ryzal menyifatkan kenyataan individu tersebut adalah satu fitnah. Difahamkan, individu itu cuba melarikan diri dengan menukar nama Instagram, tetapi menurut Ryzal URL profile sudah cukup untuk menjejak lokasinya.
Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain, anak orang lain bukan anak saya. Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi.
Sementara di ruangan komen, Ryzal sempat menasihati individu tersebut supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah dan jangan terlalu bebas untuk menyuarakan sesuatu perkara yang tidak pasti.
Anak saya buat apa nak DNA. Hidup ni jangan rasa bebas sangat. Jaga mulut kalau tak nak masuk dalam.
Terdahulu, Ryzal berkahwin dengan wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam pada 15 Ogos 2019. Pasangan ini juga baru menimang cahaya mata sulung diberi nama Rina pada Oktober tahun lalu.
Tuduhan netizen
Sumber: Ryzal Ibrahim