Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam dari DurianKimchi baru sahaja dikurniakan cahaya cahaya perempuan, Rina, pada 21 Oktober lalu.
Artikel Berkaitan: Ryzal Bawa Maryam Keluar & Sentuh Dengan Glove Lepas Balik Kerja, Netizen Risau – ‘Dah Sanitize Belum Tu?’
Tukar agama bukan budaya
Sedang menjalani proses menjadi seorang ibu, Maryam menjadi tumpuan makcik bawang untuk mencari kesalahan dirinya semasa berpantang.
Bagaimanapun, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan isterinya hanya mengubah agama bukan mengubah budaya. Katanya, budaya Korea masih kekal dalam diri Maryam justeru dia berharap agar tidak ada individu yang memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.
Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.
Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga? Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.
Setuju untuk pantang cara tradisional
Dalam pada itu, Ryzal menyatakan dia sudah membayar Confinement Lady untuk membantu Mariam menjalani cara berpantang secara tradisional. Baginya, itu sudah mencukupi kerana Mariam bersetuju untuk melakukan walaupun itu bukan budayanya.
Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia.
Saya minta hajjah, makcik, akak serta semua di sini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya.
Sumber: @ryzalibrhm