berita

‘Bukan Untuk Tontonan Umum’ – Faizal Ismail Tegur Individu Kongsi Video Isteri Sedang Bersalin

June 26th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Tidak salah andai si suami mahu merakamkan detik indah saat isteri melahirkan anak mereka namun agak keterlaluan jika video tersebut dimuatnaik dan dikongsi kepada orang ramai di media sosial.

Faizal Ismail menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa kurang setuju akan tindakan itu. Malah, menganggap tindakan demikian seakan tidak menghormati seorang isteri sedang bertarung nyawa. Ini rentetan daripada video bersalin yang dimuatnaik oleh seorang ahli perniagaan terkenal.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 800,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ia adalah saat sangat peribadi

Pendapat daripada saya yg tak pandai ini tetapi dah menyaksikan lima kelahiran. Alhamdulillah…

Untuk tontonan umum tak perlu

Biarlah momen itu antara suami dan isteri

Sumber: Faizal Ismail

SKIP THIS AD ×